LG LGD686 User Manual

Page of 343
101
Keperluan Sistem untuk perisian PC "LG PC Suite"
 
• OS: Windows XP (Service pack 3) 32bit, Windows Vista, Windows 7, Windows 8
 
• CPU: Pemproses 1GHz atau lebih tinggi
 
• Memori: RAM 512MB atau lebih tinggi
 
• Kad grafik: Resolusi 1024 x 768, warna 32 bit atau lebih tinggi
 
• HDD: 500 MB atau lebih ruang cakera keras bebas (Lebih banyak ruang bebas 
cakera keras mungkin diperlukan bergantung pada jumlah data yang disimpan.)
 
• Perisian diperlukan: pemacu integrasi LG, Windows Media Player 10 atau lebih baru
NOTA: Pemacu USB Bersepadu LG
Pemacu USB bersepadu LG diperlukan untuk menyambungkan peranti LG 
dan PC serta dipasang secara automatik apabila anda memasang aplikasi 
perisian PC "LG PC Suite".
Menyegerakkan Peranti anda kepada PC
Data daripada peranti dan PC anda boleh disegerakkan dengan mudah dengan adanya 
perisian PC "LG PC Suite" untuk kemudahan anda. Kenalan, jadual dan penanda buku 
boleh disegerakkan.
Prosedurnya adalah seperti berikut:
1  
Sambungkan peranti anda ke PC. (Gunakan kabel USB atau sambungan WLAN.)
2  
Jenis sambungan USB akan muncul, kemudian pilih perisian LG.
3  
Selepas sambungan, jalankan program dan pilih seksyen peranti daripada kategori 
di sebelah kiri skrin.
4  
Klik 
Maklumat peribadi untuk memilih.
5  
Tandakan kotak semak kandungan untuk menyegerak dan klik butang 
Pygrkn.
NOTA: Untuk menyegerakkan telefon dengan PC anda menggunakan kabel 
USB, anda perlu memasang LG PC Suite pada PC anda. Sila rujuk halaman 
sebelumnya untuk memasang LG PC Suite.