LG LGD686 User Manual

Page of 343
105
Mengenai panduan pengguna ini
 
• Sebelum menggunakan peranti anda, sila baca manual ini dengan teliti. Ini akan 
memastikan bahawa anda menggunakan telefon anda dengan selamat dan dengan 
betul.
 
• Sesetengah imej dan tangkap layar yang disediakan dalam panduan ini mungkin 
nampak berbeza pada telefon anda.
 
• Kandungan anda mungkin berbeza daripada produk akhir, atau daripada perisian 
yang dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan atau pembawa. Kandungan ini 
mungkin tertakluk kepada perubahan tanpa notis lebih awal. Bagi versi terkini manual 
ini, sila lawati laman web LG di www.lg.com.
 
• Aplikasi telefon anda dan fungsinya mungkin berbeza mengikut negara, wilayah, atau 
spesifikasi perkakasan. LG tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang 
masalah prestasi yang timbul akibat penggunaan aplikasi yang dibangunkan oleh 
pembekal selain daripada LG.
 
• LG tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap masalah prestasi atau 
ketidakserasian yang timbul akibat tetapan daftar yang diedit atau perisian sistem 
pengendalian yang diubah suai. Sebarang cubaan untuk menyesuaikan sistem 
pengendalian anda boleh menyebabkan peranti atau aplikasinya tidak berfungsi 
sebagaimana sepatutnya.
 
• Perisian, audio, kertas hias dinding, imej, dan media lain yang dibekalkan bersama 
peranti anda telah dilesenkan untuk penggunaan terhad. Jika anda memetik 
dan menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan perdagangan atau tujuan lain, 
anda mungkin melanggar undang-undang hak cipta. Sebagai pengguna, anda 
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan media yang tidak sah di sisi 
undang-undang.
Mengenai panduan pengguna ini