LG LGD686 User Manual

Page of 343
13
Notis penting
Sila baca maklumat ini sebelum mula menggunakan 
telefon anda!
Sila semak sama ada sebarang masalah telefon yang anda hadapi telah diterangkan 
dalam bahagian ini, sebelum anda membawa telefon anda untuk diservis atau 
memanggil wakil servis.
1. Memori telefon 
Apabila ruang yang tinggal pada memori telefon anda kurang daripada 10%, telefon 
anda tidak akan dapat menerima mesej yang baru. Anda perlu memeriksa memori 
telefon anda dan memadamkan sebahagian data seperti aplikasi atau mesej, untuk 
menjadikan lebih banyak memori tersedia.
Untuk membuang pemasangan aplikasi:
1  
Sentuh   > tab 
Apl > Tetapan > Apl pada PERANTI.
2  
Selepas semua aplikasi muncul, tatal dan pilih aplikasi yang hendak anda 
membuang pemasangan.
3  
Sentuh 
Buang pemasangan.
2. Mengoptimumkan hayat bateri
Anda boleh memanjangkan hayat bateri antara cas dengan mematikan ciri yang tidak 
perlu dijalankan di latar belakang. Anda juga boleh memantau bagaimana aplikasi dan 
sumber sistem menggunakan kuasa bateri. 
Memanjangkan hayat bateri anda:
 
• Matikan komunikasi radio jika anda tidak menggunakannya. Jika anda tidak 
menggunakan WLAN, Bluetooth atau GPS, matikan ia.
 
• Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan masa tamat skrin yang lebih pendek.
 
• Matikan penyegerakan automatik bagi Gmail, Kalendar, Kenalan dan aplikasi lain.