LG LGD686 User Manual

Page of 343
39
Persediaan akaun Google
Apabila anda menghidupkan telefon anda buat pertama kali, anda mempunyai peluang 
untuk mengaktifkan rangkaian, mendaftar masuk ke Akaun Google anda dan memilih 
cara anda menggunakan sesetengah perkhidmatan Google. 
Untuk menyediakan akaun Google anda: 
 
• Mendaftar masuk ke Akaun Google daripada skrin persediaan yang digesa.
 
ATAU 
 
• Sentuh   > tab Apl > pilih aplikasi Google, seperti Gmail > pilih Baru untuk 
mencipta akaun baru. 
Jika anda mempunyai akaun Google, sentuh 
Sedia ada, masukkan alamat e-mel dan 
kata laluan anda, kemudian sentuh  .
Setelah anda menyediakan akaun Google anda pada telefon anda, telefon anda akan 
secara automatik menyegerak dengan akaun Google anda di Web.
Kenalan anda, mesej Gmail, acara Kalendar, dan maklumat lain daripada aplikasi dan 
perkhidmatan di Web akan disegerakkan dengan telefon anda. (Ini bergantung pada 
tetapan penyegerakan anda.)
Selepas mendaftar masuk, anda boleh menggunakan Gmail™ dan mengambil manfaat 
daripada perkhidmatan Google pada telefon anda.