LG LGD686 User Manual

Page of 343
5
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin 
merbahaya atau tidak sah.
Sekiranya kesilapan berlaku, sebuah alat perisian dibina di dalam peranti anda akan 
mengumpulkan log kesilapan.
Alat ini hanya mengumpulkan data yang khusus kepada kesilapan, seperti kekuatan 
isyarat, cell ID position (kedudukan ID sel) dalam kegagalan panggilan dan aplikasi yang 
dimuatkan secara tiba-tiba. Log hanya digunakan untuk membantu menentukan punca 
bagi kesilapan. Log ini dienkripsi dan hanya boleh diakses oleh Pusat pembaikan LG 
yang sah, sekiranya anda perlu mengembalikan peranti anda untuk dibaik pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR). 
Telefon mudah alih model LG-D686 telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan 
keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan pada gelombang radio. Keperluan ini 
adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang 
direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan 
kesihatan.
 
• Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran 
yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan 
menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras 
kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
 
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG, 
semuanya direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi 
pendedahan kepada gelombang radio.
 
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan 
Pengion Antarabangsa (International Commission on Non-Ionizing Radiation 
Protection) (ICNIRP) ialah 2W/kg dipuratakan ke atas 10g tisu.
 
• Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang diuji untuk penggunaan telinga 
ialah 0.258 W/kg (10g) dan apabila dipakai pada badan ialah 0.654 W/kg (10g).
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien