LG LGV490 Owner's Manual

Page of 326
24
Mengoptimumkan Hayat Bateri
Anda boleh memanjangkan hayat bateri antara caj dengan mematikan ciri 
yang anda tidak perlu jalankan di dalam latar belakang. Anda juga boleh 
mengawasi bagaimana aplikasi dan sumber sistem menggunakan kuasa 
bateri. 
Untuk memanjangkan hayat bateri anda
• Matikan komunikasi radio yang tidak anda gunakan, seperti Wi-Fi, 
Bluetooth atau GPS. 
• Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan tamat masa skrin yang lebih 
pendek.
• Matikan penyegerakan automatik bagi Gmail™, Kalendar, Kenalan dan 
aplikasi lain.
• Sesetengah aplikasi yang anda telah muat turun mungkin boleh 
mengurangkan kuasa bateri anda.
• Semasa menggunakan aplikasi yang dimuat turun, semak tahap cas bateri.
Untuk melihat tahap cas bateri
Dari skrin Utama, ketik 
Apl 
 > 
Tetapan 
 > 
Perihal tablet > Bateri.
Status bateri (mengecas atau menyahcas) dan tahap dipaparkan di 
bahagian atas menu skrin.
Untuk mengawal dan mengawasi penggunaan bateri
Dari skrin Utama, ketik 
Apl 
 > 
Tetapan 
 > 
Perihal tablet Bateri > 
Penggunaan bateri.
Skrin memaparkan masa penggunaan kuasa bateri dan juga 
menyenaraikan aplikasi atau perkhidmatan yang menggunakan kuasa 
bateri dari jumlah terbesar kepada terkecil.