LG LGV490 Owner's Manual

Page of 326
56
NOTA: 
• QPair boleh berfungsi dengan telefon yang menjalankan Android 4.1 
atau lebih baharu. Sesetengah ciri mungkin terhad bergantung pada 
model telefon anda.
• Oleh kerana QPair menggunakan fungsi Bluetooth, ia mungkin tidak 
berfungsi secara normal jika anda tukar tetapan Bluetooth semasa QPair 
digunakan.
Sambungan Bluetooth akan dihidupkan secara automatik.
Ciri-ciri QPair
Pemberitahuan panggilan – Menghantar pemberitahuan kepada tablet 
apabila telefon menerima panggilan Pemberitahuan memaparkan nombor 
pemanggil dan membolehkan anda menjawab dan menolak panggilan. 
Anda juga boleh menukar tetapan panggilan, seperti nada dering, volum 
nada dering, nada dering dengan getaran, atau hantar atau tolak mesej 
apabila anda mendapat panggilan.
NOTA: Anda hanya boleh menerima panggilan yang disokong oleh 
teknologi Bluetooth. Mendail panggilan daripada tablet menggunakan ciri 
QPair tidak boleh dilakukan.
Pemberitahuan mesej – Menghantar pemberitahuan kepada tablet apabila 
telefon menerima mesej. Anda juga boleh tukar tetapan mesej, seperti 
pop-timbul mesej, pratonton mesej, bunyi pemberitahuan, dan getaran 
pemberitahuan.
Pemberitahuan SNS – Memaparkan pemberitahuan rangkaian sosial pada 
Bar Status tablet anda apabila ia tiba di telefon anda.