LG LGV490 Owner's Manual

Page of 326
64
Anda boleh menggunakan aplikasi E-mel untuk membaca e-mel daripada 
perkhidmatan seperti Yahoo!, MSN, dan AOL. Aplikasi E-mel menyokong 
jenis akaun berikut: POP3, IMAP dan Exchange.
Penyedia perkhidmatan atau pentadbir sistem anda akan dapat 
menyediakan tetapan akaun yang anda perlukan.
Menguruskan akaun e-mel
Ketik 
E-mel 
 pada skrin Utama. Kali pertama anda membuka aplikasi 
E-mel, wizard persediaan akan terbuka untuk membantu anda menyediakan 
akaun e-mel.
Selepas penyediaan awal, kandungan peti masuk anda dipaparkan. Jika 
anda telah menambah lebih daripada satu akaun, anda akan dapat beralih 
dari akaun ke akaun.
Untuk menambah akaun e-mel lain:
• Buka aplikasi 
E-mel dan ketik ikon Menu   > Tetapan > Tambah akaun.
Untuk saling bertukar antara akaun:
Jika anda telah menambah lebih daripada satu akaun, anda boleh saling 
bertukar antara akaun itu dengan mudah. Dari mana-mana folder e-mel, 
ketik akaun semasa (di bahagian atas skrin), kemudian ketik akaun yang 
anda mahu capai.
E-mel