LG P895 LG Optimus Vu User Manual

Page of 196
33
Melaraskan volum panggilan
Untuk melaraskan volum dalam panggilan, gunakan kekunci Volum naik dan turun pada sisi kiri
telefon.
Membuat panggilan kedua
1  
Semasa panggilan pertama anda, sentuh
Menu > Tambah panggilan dan dail nombor
tersebut. Anda juga boleh pergi ke senarai panggilan terkini dengan menyentuh   atau anda
boleh mencari kenalan dengan menyentuh   dan memilih nombor yang hendak anda panggil.
2  
Tekan
untuk membuat panggilan.
3  
Kedua-dua panggilan akan dipaparkan pada skrin panggilan. Panggilan pertama anda akan
dikunci dan ditunda.
4  
Sentuh senarai panggilan ditahan untuk beralih antara panggilan. Atau sentuh  
Gabungkan 
panggilan untuk membuat panggilan persidangan.
5  
Untuk menamatkan panggilan aktif, sentuh
Tamat atau tekan kekunci Utama dan luncurkan
bar pemberitahuan ke bawah dan pilih ikon
Tamat panggilan  .
NOTA:
 Anda akan dikenakan bayaran bagi setiap panggilan yang anda buat.
Melihat log panggilan anda
Pada skrin utama, sentuh
dan pilih tab
Log panggilan  .
Lihat senarai lengkap bagi semua panggilan didail, diterima dan tidak dijawab.
PETUA!
 Sentuh mana-mana entri log untuk melihat tarikh, masa dan tempoh panggilan.
PETUA!
 Tekan kekunci Menu, lalu sentuh Padam semua untuk memadamkan semua 
item yang direkodkan.
Tetapan panggilan
Anda akan dapat mengkonfigurasi tetapan panggilan telefon seperti pemajuan panggilan, dan ciri
istimewa lain yang ditawarkan oleh pembawa rangkaian anda.
1  
Pada skrin utama, sentuh
.
2  
Menu sentuh.
3  
Ketik
Tetapan panggilan dan pilih pilihan yang hendak anda laraskan.
Fixed dialing numbers – Untuk menghidupkan dan mengumpul senarai nombor yang boleh
dihubungi daripada telefon anda. Anda akan memerlukan PIN2 anda, yang boleh didapati daripada
operator anda. Hanya nombor yang termasuk dalam senarai dail tetap boleh dipanggil daripada
telefon anda.
Perkhidmatan mel suara – Membolehkan anda memilih perkhidmatan mel suara pembawa
mudah alih anda.