LG E975 Optimus G User Guide

Page of 327
93
Sandarkan data saya– Tetapkan untuk menyandarkan tetapan anda dan data aplikasi 
pada pelayan Google.
Akaun sandaran – Tetapkan untuk menyandarkan akaun anda.
Pemulihan automatik – Tetapkan untuk memulihkan tetapan dan data aplikasi anda 
apabila aplikasi dipasang semula pada peranti anda.
Perkhidmatan Sandaran LG – Sandarkan semua maklumat pada peranti dan pulihkannya 
sekiranya berlaku kehilangan data atau penggantian.
Tetapkan semula data kilang – Tetapkan semula tetapan anda kepada nilai lalai 
kilang dan padamkan semua data anda. Jika anda tetapkan semula telefon dengan 
cara ini, anda akan digesa untuk memasukkan semula maklumat yang sama 
sebagaimana ketika anda memulakan Android buat kali pertama.
SISTEM
< Tarikh & Masa >
Gunakan tetapan 
Tarikh & Masa untuk menetapkan bagaimana tarikh akan 
dipaparkan. Anda juga boleh menggunakan tetapan ini untuk menetapkan masa dan 
zon masa anda sendiri dan bukan mendapatkan masa semasa daripada rangkaian 
mudah alih.
< Kebolehcapaian >
Anda boleh menggunakan tetapan 
Kebolehcapaian untuk mengkonfigurasi sebarang 
pasang masuk kebolehcapaian yang telah anda pasang pada telefon anda.
NOTA: Memerlukan pasang masuk tambahan untuk menjadikan ia boleh 
dipilih.
< Sambungan PC >
Pilih kaedah sambungan USB – Tetapkan mod yang dikehendaki: 
Cas sahaja, 
Penyegerakan media (MTP), Penambatan, Perisian LG atau Hantar imej (PTP).