LG LG G Pad 8.3 User Guide

Page of 304
15
Kanak-kanak
Simpan peranti di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak 
kecil. Ia termasuk bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik 
jika ia tertanggal. Peranti ini juga mengandungi bateri dalaman yang boleh 
membahayakan jika peranti tidak digunakan atau diselenggara dengan betul.
Maklumat dan penjagaan bateri
• Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya 
semula. Tidak seperti sistem bateri lain, tiada kesan memori yang boleh 
menjejaskan prestasi bateri.
• Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk 
memaksimumkan hayat bateri.
• Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
• Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa yang lama 
untuk memaksimumkan kebolehgunaan.
• Jangan dedahkan pengecas bateri secara terus kepada sinaran matahari 
atau gunakannya di tempat berkelembapan tinggi, seperti bilik air. 
Jangan biarkan peranti di tempat yang panas atau sejuk, kerana ini boleh 
menurunkan prestasi bateri.
• Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan dengan jenis yang salah.
• Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan pengilang. Sila 
kitar semula yang mana mungkin. Jangan lupuskan sebagai sampah 
rumah yang biasa.
• Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat servis LG Electronics 
atau wakil penjual yang disahkan untuk mendapatkan bantuan.