LG LGD315 User Manual

Page of 330
57
Ketik ini pada bila-bila masa anda ingin tahu cara suatu fungsi itu beroperasi. 
Ikon ini menyediakan panduan bantuan ringkas untuk anda.
Pulihkan semula semua tetapan kamera video ke lalai.
Merakam video pantas
Buka aplikasi Kamera dan ketik butang Mod video  
Pencari pandangan kamera video akan muncul pada skrin.
Dengan memegang telefon, halakan kanta ke arah subjek yang hendak anda rakam 
dalam video anda.
Ketik 
 sekali untuk memulakan rakaman.
Pemasa menunjukkan tempoh video dipaparkan. 
Ketik 
 untuk menghentikan rakaman.
Selepas merakam video
Ketik pratonton imej di bahagian bawah untuk melihat video terakhir yang anda rakam.
Ketik untuk merakam video yang lain dengan serta-merta.
Ketik untuk menghantar video anda kepada orang lain atau berkongsinya melalui 
perkhidmatan rangkaian sosial.
Ketik untuk memadam video.
Melihat video anda yang disimpan
Dalam pencari pandangan, ketik pratonton imej di bahagian bawah skrin.
Galeri anda akan muncul pada skrin.
Ketik video untuk mainkannya secara automatik.