LG H650E User Guide
Tetapan
Tetapan
82
-
Pemberitahuan suara mesej/panggilan - Membolehkan anda
mendengar isyarat bercakap automatik untuk panggilan masuk dan
mesej.
-
Gelap skrin – Membolehkan menetapkan skrin kepada kontras yang
lebih gelap.
-
Saiz font – Tetapkan saiz fon.
-
Sentuh zum – Membolehkan anda mengezum masuk dan keluar
dengan mengetik skrin tiga kali.
-
Songsangan warna skrin – Membolehkan menyongsangkan warna
skrin dan kandungan.
-
Pelarasan warna skrin – Membolehkan anda melaraskan warna
skrin dan kandungan.
-
Penapis warna skrin – Membolehkan anda menukar warna skrin dan
kandungan.
-
Kekunci kuasa tamatkan panggilan – Membolehkan anda
menamatkan panggilan suara dengan menekan Kekunci Kuasa/
Kunci.
•
Mendengar – Menetapkan pilihan untuk orang yang mempunyai
masalah pendengaran.
-
Kapsyen – Membolehkan anda menyesuaikan tetapan kapsyen
untuk mereka yang cacat pendengaran.
-
Pemberitahuan LED – Membolehkan anda mengaktifkan lampu LED
untuk panggilan masuk dan pemberitahuan.
-
Isyarat denyar – Membolehkan menetapkan denyar berkelip untuk
panggilan masuk dan pemberitahuan.
-
Matikan semua bunyi – Membolehkan mematikan semua bunyi
peranti.
-
Jenis audio – Menetapkan jenis audio.
-
Keseimbangan bunyi – Menetapkan laluan audio. Gerakkan peluncur
pada bar luncur untuk menetapkannya.
•
Motor & kognisi – Menetapkan pilihan untuk orang yang mempunyai
masalah kemahiran motor.
-
Masa maklum balas sentuh – Tetapkan masa maklum balas sentuh.
-
Touch assistant – Menunjukkan papan sentuh dengan akses mudah
ke tindakan biasa.
-
Masa tamat skrin – Tetapkan jumlah masa sebelum lampu latar
dimatikan secara automatik.
-
Kawasan kawalan sentuh – Membolehkan anda memilih kawasan
skrin untuk mengehadkan pengaktifan sentuhan kepada hanya
kawasan skrin.
•
Pintasan ciri kebolehcapaian – Membolehkan anda mengakses ciri
yang dipilih dengan cepat apabila mengetik butang Utama tiga kali.
•
Skrin auto putar – Membolehkan telefon memutarkan skrin
bergantung pada orientasi telefon fizikal (potret atau landskap).
•
Tukar Akses – Membolehkan anda berinteraksi dengan peranti anda
menggunakan satu atau lebih suis yang berfungsi seperti kekunci
papan kekunci. Menu ini adalah berguna untuk pengguna dengan had
mobiliti yang mengelakkan mereka daripada berinteraksi secara terus
dengan peranti anda.
Kekunci pintasan
Dapatkan capaian segera kepada aplikasi dengan menekan
Kekunci Volum
dua kali semasa skrin dimatikan atau dikunci.
Pada skrin
Pada skrin
Tetapan, ketik tab Umum > Kekunci pintasan.
•
Tekan
Kekunci Volum Naik dua kali untuk membuka aplikasi
QuickMemo+.
•
Tekan
Kekunci Volum Ke Bawah dua kali untuk melancarkan aplikasi
Kamera.