LG Gpad 8.0 LGV490 blanco Owner's Manual

Page of 326
9
• Nilai SAR tertinggi untuk peranti ini apabila dipakai di badan, seperti 
diterangkan dalam panduan pengguna ini, ialah 1.420 W/kg.
• Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan sama 
ada dalam kedudukan penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan 
pada jarak sekurang-kurangnya 0.00 cm dari badan. Apabila bekas pembawa, 
klip tali pinggang atau pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian 
pada badan, ia tidak sepatutnya mengandungi metal dan perlu meletakkan 
produk sekurang-kurangnya 0.00 cm menjauhi badan anda. 
Untuk memancarkan fail data atau mesej, peranti ini memerlukan sambungan 
yang berkualiti kepada rangkaian. Dalam beberapa kes, pemindahan fail data 
atau mesej mungkin ditangguhkan sehingga sambungan tersebut tersedia. 
Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti sehingga pemindahan selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
 
AMARAN
Notis untuk penggantian bateri
•  Untuk keselamatan anda, jangan mengeluarkan bateri yang dimasukkan dalam 
produk. Jika anda perlu menggantikan bateri, bawanya ke pusat perkhidmatan 
Elektronik LG atau penjual untuk mendapatkan bantuan.
•  Bateri Li-Ion ialah komponen berbahaya yang boleh menyebabkan kecederaan.
•  Penggantian bateri oleh pakar yang tidak berkelayakan boleh menyebabkan 
kerosakan kepada peranti anda.
 
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk digunakan bersama 
model tertentu peranti ini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan sebarang 
kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan peranti ini dan mungkin berbahaya.