LG Gpad 8.0 LGV490 blanco Owner's Manual

Page of 326
18
Apabila anda tidak dapat ingat Corak, PIN, atau Kata Laluan anda:
< Jika anda terlupa corak anda >
Jika anda log masuk ke akaun Google anda pada tablet tetapi gagal 
memasukkan corak yang betul sebanyak 5 kali, ketik butang 
Terlupa corak? 
di bahagian bawah skrin. Selepas itu anda diminta untuk log masuk dengan 
Akaun Google anda, atau anda perlu memasukkan PIN Sandaran yang telah 
anda masukkan semasa membuat Kunci Corak anda.
Jika anda belum mencipta akaun Google pada tablet atau anda terlupa PIN 
Sandaran, anda perlu melakukan penetapan semula keras.
< Jika anda telah terlupa PIN atau Kata Laluan anda >
Jika anda terlupa PIN atau Kata Laluan anda, anda perlu melakukan 
tetapkan semula keras.
Awas: Jika anda melakukan set semula keras, semua aplikasi pengguna dan 
data pengguna akan terpadam.
NOTA: Jika anda belum log masuk ke Akaun Google anda dan terlupa 
Corak anda, anda perlu memasukkan PIN Sandaran anda.
4.  Menggunakan Tetapkan Semula Keras 
(Tetapkan Semula Kilang)
Jika tablet anda tidak pulih kepada keadaan asal, gunakan Tetapkan Semula 
Keras (Tetapkan Semula Kilang) untuk mengawalkannya.
Matikan tablet.
Tekan dan tahan 
Kekunci Volum Rendah   dahulu, kemudian tekan dan 
tahan 
Kekunci Kuasa/Kunci   di sebelah kanan tablet sehingga logo LG 
terpapar.