LG LG G Pad 8.0 4G Owner's Manual

Page of 326
99
Data mudah alih
Memaparkan penggunaan data dalam tempoh masa yang dipilih. Ketik 
aplikasi daripada senarai untuk melihat penggunaan data aplikasi.
Kongsi & Bersambung
Membolehkan anda mengkonfigurasi pelbagai pilihan untuk berkongsi data 
dan menyambung dengan peranti lain.
SmartShare Beam – Membolehkan anda menerima kandungan multimedia 
dari telefon atau tablet LG. 
NOTA: Anda mesti mendayakan Wi-Fi untuk mengaktifkan SmartShare 
Beam.
Pelayan media – Berkongsi kandungan media dengan peranti berdekatan 
melalui DLNA.
Miracast – Anda boleh cerminkan skrin dan bunyi telefon pada anak kunci 
Miracast LG atau TV secara wayarles.
NOTA: Untuk memulakan ciri Miracast dengan pantas, ketik ikon Miracast 
dalam Panel Pemberitahuan. Semasa mencermin, Mobile Hotspot tidak 
boleh digunakan dengan serentak.
LG PC Suite – Membolehkan anda menggunakan LG PC Suite untuk 
memindahkan muzik dan imej antara komputer dan tablet anda.