LG LG G Pad User Guide

Page of 304
8
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini 
mungkin merbahaya atau tidak sah.
Sekiranya kesilapan berlaku, sebuah alat perisian dibina di dalam peranti 
anda akan mengumpulkan log kesilapan. Alat ini mengumpulkan data 
yang khusus kepada lalai sahaja, seperti kekuatan isyarat dan aplikasi yang 
dimuatkan. Log hanya digunakan untuk membantu menentukan punca bagi 
kesilapan. Log ini dienkripsi dan hanya boleh diakses oleh Pusat pembaikan 
LG yang sah, sekiranya anda perlu mengembalikan peranti anda untuk dibaik 
pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan 
Khusus (SAR).
Model peranti tablet LG-V500 ini telah direka bentuk untuk mematuhi 
keperluan keselamatan yang dikenakan terhadap pendedahan kepada 
gelombang radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik 
yang termasuk margin keselamatan yang direka bentuk untuk memastikan 
keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan kesihatan.
• Garis panduan pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit 
ukuran yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus (SAR). Ujian bagi 
SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dalam keadaan 
peranti memancar pada aras kuasa tertinggi yang diperakui dalam semua 
jalur frekuensi yang digunakan.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model peranti 
LG, semuanya telah direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang 
relevan bagi pendedahan kepada gelombang radio. 
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran 
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien