LG LG G Pad User Guide

Page of 304
98
Simpan semula automatik – Tetapkan untuk memulihkan tetapan dan data 
aplikasi anda apabila aplikasi dipasang semula pada peranti anda.
Perkhidmatan LG Backup – Sandarkan semua maklumat tentang peranti 
dan memulihkan sekiranya berlaku kehilangan data atau penggantian.
Menetapkan semula data kilang – Tetapkan semula tetapan anda kepada 
nilai lalai kilang dan padamkan semua data anda. Jika anda tetapkan 
semula tablet dengan cara ini, anda akan digesa untuk memasukkan semula 
maklumat yang sama sebagaimana ketika anda memulakan Android buat 
kali pertama.
SISTEM
Tarikh & Masa
Gunakan tetapan 
Tarikh & Masa untuk menetapkan bagaimana tarikh akan 
dipaparkan. Anda juga boleh menggunakan tetapan ini untuk menetapkan 
masa dan zon masa anda sendiri dan bukan mendapatkan masa semasa 
daripada rangkaian mudah alih.
Kebolehcapaian
Gunakan tetapan 
Kebolehcapaian untuk mengkonfigurasi pasang masuk 
kebolehcapaian yang telah anda pasang pada tablet anda.
NOTA: Memerlukan pasang masuk tambahan untuk menjadikan ia boleh 
dipilih.
TalkBack – Membolehkan anda menyediakan fungsi TalkBack yang 
membantu mereka yang cacat penglihatan dengan memberi maklum 
balas lisan. Ketik suis 
TalkBack 
 di penjuru kanan atas skrin untuk 
menghidupkannya. Ketik 
Tetapan di bahagian bawah skrin bagi melaraskan 
tetapan TalkBack.