LG LG G Pad User Guide

Page of 304
101
Tentang penyandaran dan pemulihan data peranti
Anda disyorkan untuk membuat dan menyimpan fail sandaran pada 
storan dalaman dengan kerap, terutamanya sebelum anda mengemas kini 
sebarang perisian. Penyelenggaraan fail sandaran semasa dalam memori 
storan mungkin akan membolehkan anda memulihkan data peranti anda jika 
peranti anda hilang, dicuri atau rosak akibat kejadian yang tidak dijangka.
Aplikasi Sandaran LG ini disokong antara telefon pintar dan tablet LG, versi 
Perisian atau OS lain. Hasilnya, apabila anda membeli telefon pintar dan 
tablet LG yang baru, anda boleh menyandarkan data peranti yang sedia ada 
ke dalam peranti yang baru.
Jika anda mempunyai aplikasi Sandaran terpramuat di telefon pintar atau 
tablet anda, anda boleh membuat sandaran dan pemulihan kebanyakan data 
anda, termasuk aplikasi yang dimuat turun dan diprapasang, penanda buku, 
masukan kalendar, kenalan, tetapan skrin utama dan tetapan sistem. Anda 
juga boleh:
• Melakukan Sandaran LG manual bagi peranti anda.
• Jadualkan sandaran automatik bagi peranti anda.
• Pulihkan data peranti anda.
NOTA: Sila ambil perhatian bahawa fungsi Sandaran tidak menyokong 
sandaran Data pengguna & Data media (Gambar/Video/Muzik). Sila 
sandarkan fail tersebut menggunakan Penyegerakan media (MTP). 
Sambungkan tablet anda kepada komputer anda menggunakan kabel 
USB lalu sentuh Penyegerakan media (MTP).
LG Backup