LG LG G Pad User Guide

Page of 304
32
Sentuh dan tahan
Sentuh dan tahan item pada skrin dengan menyentuhnya dan tidak 
mengangkat jari anda sehingga tindakan berlaku. Contohnya, untuk 
membuka pilihan tersedia kenalan, sentuh dan tahan kenalan dalam senarai 
Kenalan sehingga menu konteks terbuka.
Seret
Sentuh dan tahan item buat seketika, lalu, tanpa mengangkat jari anda, 
gerakkan jari anda pada skrin sehingga anda mencapai kedudukan yang 
disasarkan. Anda boleh menyeret item pada skrin Utama untuk menukar 
kedudukannya.
Sapu atau lungsur
Untuk menyapu atau meluncur, dengan cepat gerakkan jari anda merentasi 
permukaan skrin, tanpa menjeda apabila pertama kali anda menyentuhnya 
(maka, anda tidak menyeret item). Contohnya, anda boleh meluncur skrin 
ke atas atau ke bawah untuk menatal melalui senarai, atau menyemak 
imbas melalui skrin Utama berbeza dengan menyapu dari kiri ke kanan (dan 
sebaliknya).
Ketik dua kali
Ketik dua kali untuk zum pada halaman web atau peta. Contohnya, dengan 
cepat ketik dua kali bahagian halaman web untuk melaraskan bahagian itu 
untuk disesuaikan dengan lebar skrin. Anda juga boleh mengetik dua kali 
untuk zum masuk dan keluar selepas mengambil gambar (menggunakan 
Kamera) dan semasa menggunakan Peta. Ketik dua kali perkataan untuk 
menyerlahkannya. Ketik dua kali juga boleh mengaktifkan ciri KnockON bagi 
menghidupkan atau mematikan skrin sentuh.