LG LG G Pad User Guide

Page of 304
36
Pemberitahuan
Pemberitahuan memberitahu anda tentang ketibaan mesej baru, acara 
kalendar, dan penggera, di samping peristiwa yang sedang berlaku, seperti 
muat turun video.
Dari Panel Pemberitahuan, anda boleh melihat status semasa tablet anda 
dan pemberitahuan yang belum dibuka.
Apabila pemberitahuan tiba, ikonnya akan muncul pada bahagian atas skrin. 
Ikon bagi pemberitahuan yang belum dibuka akan muncul di sebelah kiri, 
dan ikon sistem akan menunjukkan perkara seperti Wi-Fi atau kekuatan 
bateri di sebelah kanan.
NOTA: Pilihan yang tersedia mungkin berbeza bergantung kepada 
kawasan atau pembekal perkhidmatan.
Pemberitahuan yang 
belum dibuka
Status ikon sistem seperti 
Bluetooth, Wi-Fi & bateri
Sapu ke bawah untuk mendapatkan pemberitahuan & tetapan
Sapu Bar Status ke bawah untuk membuka Panel Pemberitahuan. Untuk 
menutup Panel Pemberitahuan, sapu ke atas bar yang terdapat di bahagian 
bawah skrin.
NOTA: Sentuh dan tahan ikon dari Tetapan Pantas bagi melihat menu 
tetapan fungsi.