LG LG Optimus Hub User Manual

Page of 424
49
menyesuaikan setiap panel dengan widget, 
pintasan (ke aplikasi kegemaran anda), 
folder dan kertas hias dinding. 
NOTA: Sesetengah imej skrin mungkin 
berbeza bergantung pada pembekal telefon 
anda.
Dalam skrin Utama anda, anda boleh melihat 
kekunci pantas di bahagian bawah skrin. 
Kekunci pantas memberikan akses mudah 
satu sentuhan kepada fungsi yang paling 
kerap anda gunakan.
 Sentuh ikon 
Telefon untuk membawa 
ke atas pad dailan sentuh untuk membuat 
panggilan.
 Sentuh ikon 
Kenalan untuk membuka 
kenalan anda.
 Sentuh ikon 
Mesej untuk mengakses 
menu pemesejan. Anda boleh mengarang 
mesej baru di sini.
 Sentuh tab 
Aplikasi pada bahagian 
bawah skrin. Anda kemudian boleh melihat 
semua aplikasi anda yang telah dipasang.
Untuk membuka aplikasi yang dikehendaki, 
hanya sentuh ikon dalam senarai aplikasi.
NOTA: Aplikasi yang telah dipramuat 
mungkin berbeza bergantung pada perisian 
telefon anda atau penyedia perkhidmatan 
anda.