LG G7100 User Guide

Page of 273
Fungsi-Fungsi Tambahan
23
1-7  Mengaktifkan nada DTMF Semasa Panggilan
Untuk mengaktifkan nada DTMF semasa panggilan, misalnya,
untuk membolehkan telefon anda menggunakan papan suis
berautomatik, pilih 
< [Pilihan], kemudian DTMF aktif. Nada DTMF
boleh dinyahaktifkan cengan cara yang sama.
1-8  Memanggil menu utama Mesej dan kit Alat SIM
Pilihan-pilihan menu uatama Mesej dan kit Alat SIM boleh dicapai
dari menu panggil masuk dengan memilih 
< [Pilihan]. Menu kit Alat
SIM ditunjukkan hanya apabila SIM di dalam telefon menyokong
khidmat kit Alat SIM.
2  Panggilan Berbilang Pihak atau Persidangan
Khidmat berbilang pihak atau persidangan memberikan anda
keupayaan mengadakan perbualan serentak dengan lebih daripada
seorang pemanggil, jika pembekal khidmat rangkaian anda
menyokong ciri ini.
Panggilan berbilang pihak hanya boleh disediakan apabila anda
mempunyai satu panggilan aktif dan satu panggilan yang ditahan,
dengan kedua-dua panggilan telah dijawab. Setelah panggilan
berbilang pihak disediakan, panggilan-panggilan boleh
ditambahkan, diputuskan atau dipisahkan (iaitu, dikeluarkan
daripada panggilan berbilang pihak tetapi masih tersambung
kepada anda) oleh orang yang menyediakan panggilan berbilang
pihak. Semua pilihan-pilihan ini terdapat dari menu panggil masuk
dan disenaraikan di dalam Bahagian.
Bilangan maksimum pemanggil dalam panggilan berbilang pihak
ialah lima. Setelah dimulakan, andalah yang mengawal panggilan
berbilang pihak tersebut, dan hanya anda yang boleh menambah
panggilan kepada panggilan berbilang pihak itu.