LG G Pad 8.3 - LG V500 User Guide

Page of 304
70
Ciri-ciri QPair
Pemberitahuan panggilan – Menghantar pemberitahuan ke tablet apabila 
telefon menerima panggilan. Pemberitahuan memaparkan nombor 
pemanggil dan membolehkan anda menolak panggilan.
Pemberitahuan mesej – Menghantar pemberitahuan ke tablet apabila telefon 
menerima mesej.
Pemberitahuan SNS – Memaparkan pemberitahuan SNS di bar status tablet 
anda apabila ia tiba ke telefon anda.
NOTA: Untuk mendayakan ciri ini, hidupkan Tetapan > Kebolehcapaian 
Pemberitahuan SNS QPair di telefon anda dahulu. Pilihan ini 
membolehkan anda diberitahu bahawa pemberitahuan SNS sampai ke 
telefon anda di tablet anda.
Hantar QuickMemo – Menyimpan QuickMemo semasa anda di Galeri tablet, 
dan kemudian menyegerakkan Galeri ini dengan Galeri di telefon anda. 
Sambungan internet melalui telefon mudah alih – Menyambungkan 
tablet anda secara automatik ke Internet melalui telefon mudah alih anda 
(sebagai Wi-Fi hotspot). Menggunakan ciri ini mungkin menyebabkan anda 
dikenakan caj data. Untuk menjimatkan penggunaan data di telefon, telefon 
menyambung secara automatik ke sebarang Wi-Fi hotspot yang dipercayai 
yang berada dalam julat. 
Pelekat aplikasi baru-baru ini – Apabila skrin tablet dibuka kunci, pelekat 
akan memaparkan aplikasi terakhir yang digunakan di telefon. Ketik pelekat 
bagi menjalankan aplikasi. Pastikan bahawa aplikasi dipasang di telefon dan 
tablet.