LG G Pad 8.0 4G - LG V490 Owner's Manual

Page of 326
111
Pengesahan suara kata laluan – Tanda semak untuk mendapatkan 
pengesahan verbal semasa memasukkan kata laluan.
Pintasan tetapan kebolehcapaian – Menetapkan akses pantas dan mudah 
kepada ciri-ciri terpilih apabila anda ketik Kekunci Utama tiga kali.
Input Satu Sentuhan – Setiap sentuhan jari memasukkan huruf/aksara pada 
papan kekunci LG.
Tukar Akses – Membolehkan anda berinteraksi dengan peranti anda 
menggunakan satu atau lebih suis yang berfungsi seperti kekunci papan 
kekunci. Menu ini berguna untuk pengguna yang terhad pergerakan yang 
menghalang mereka daripada berinteraksi secara langsung dengan peranti 
anda.
Quick Cover
Mengaktifkan menu ini untuk menghidupkan dan mematikan skrin secara 
automatik apabila menggunakan Penutup Pantas.
Mencetak
Membenarkan anda mencetak kandungan skrin yang tertentu (seperti 
halaman web yang dipaparkan dalam Chrome) kepada pencetak yang 
disambungkan pada rangkaian Wi-Fi yang sama seperti peranti Android 
anda.
Perihal tablet
Menu ini membolehkan anda mengurus pengemaskinian perisian anda dan 
pelbagai maklumat berkaitan dengan tablet anda. 
Nama Tablet – Membolehkan anda menetapkan nama tablet anda. 
Pusat kemaskini – Membolehkan anda menyemak pengemaskinian aplikasi 
dan perisian. 
Rangkaian – Membolehkan anda melihat maklumat rangkaian tablet anda.