LG G Pad 8.0 4G - LG V490 Owner's Manual

Page of 326
116
Kemas kini perisian tablet
Ciri ini membenarkan anda mengemas kini perisian tegar tablet anda 
ke versi terkini dengan mudah dari internet tanpa perlu untuk melawat 
pusat servis. Untuk maklumat lanjut tentang cara menggunakan fungsi ini, 
sila layari: http://www.lg.com  
Oleh kerana pengemaskinian perisian tegar tablet memerlukan perhatian 
penuh pengguna untuk tempoh proses pengemaskinian, sila pastikan anda 
menyemak semua arahan dan nota yang muncul pada setiap langkah 
sebelum teruskan. Sila ambil perhatian bahawa mencabut kabel data USB 
atau bateri semasa naik taraf boleh menyebabkan kerosakan teruk kepada 
tablet anda.
Kemas kini perisian tablet LG melalui teknologi  
Over-the-Air (Melalui Udara, OTA)
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini perisian tegar tablet anda 
kepada versi lebih baru dengan mudah melalui OTA tanpa perlu 
menyambungkan kabel data USB. Ciri ini tersedia hanya jika dan apabila LG 
membuat versi lebih baru peralatan tegar yang tersedia bagi peranti anda. 
Mula-mula, anda boleh semak versi perisian pada tablet anda: 
Dari skrin Utama, ketik 
Apl 
 > 
Tetapan 
 > 
Perihal tablet > 
Maklumat perisian.
Untuk melakukan kemas kini perisian tablet, dari skrin Utama, ketik 
Apl 
 
Tetapan 
 > 
Perihal tablet > Pusat kemaskini > Kemaskini perisian > 
Semak sekarang untuk kemas kinian.
Kemas kini perisian tablet