LG G Pad 8.0 4G - LG V490 Owner's Manual

Page of 326
28
Mengunci dan menyahkunci skrin
Jika anda tidak menggunakan tablet untuk seketika, skrin akan terpadam 
dan terkunci secara automatik. Ini membantu menghalang daripada kekunci 
ditekan tanpa sengaja dan menjimatkan kuasa bateri. Apabila anda tidak 
menggunakan tablet anda, tekan 
Kekunci Kuasa/Kunci   untuk mengunci 
tablet anda. 
Jika mana-mana program sedang berjalan semasa anda mengunci skrin 
anda, program ini mungkin masih terus berjalan dalam mod Kunci. Anda 
disyorkan agar keluar daripada semua program sebelum memasuki mod 
Kunci untuk mengelakkan bayaran yang tak perlu (seperti akses web dan 
komunikasi data).
Untuk membangunkan telefon anda, tekan 
Kekunci Kuasa/Kunci  . Skrin 
kunci akan muncul. Sentuh dan luncurkan Skrin kunci ke mana-mana arah 
untuk membuka kunci skrin Utama anda. Skrin terakhir yang anda lihat akan 
terbuka.
Menghidupkan skrin menggunakan ciri Pasangkan skrin
Ciri KnockON membolehkan anda mengetik skrin dua kali bagi 
menghidupkan atau mematikan skrin dengan mudah.