LG G Pad 8.0 4G - LG V490 Owner's Manual

Page of 326
49
Persediaan akaun Google
Apabila anda menghidupkan tablet anda buat pertama kali, anda 
mempunyai peluang untuk mengaktifkan rangkaian, mendaftar masuk ke 
Akaun Google anda dan memilih cara anda menggunakan sesetengah 
perkhidmatan Google. 
Untuk menyediakan akaun Google anda
• Daftar masuk ke Akaun Google daripada skrin persediaan yang digesa.
  
ATAU 
• Dari skrin Utama, ketik 
Apl 
 > tab 
Apl > Tetapan 
 > 
Akuan & selari > 
Tambah akaun > Google.
Jika anda sudah mempunyai akaun Google, masukkan alamat e-mel anda 
dan ketik 
SETERUSNYA. Jika tidak, sentuh ATAU BUAT AKAUN BAHARU 
dan masukkan maklumat yang perlu bagi mencipta Akaun Google yang 
baru.
Setelah anda menyediakan akaun Google anda pada tablet anda, tablet 
anda akan secara automatik menyegerak dengan akaun Google anda di 
Web.
Kenalan, mesej Gmail, acara Kalendar, dan maklumat anda yang lain 
daripada aplikasi ini dan perkhidmatan di Web akan disegerakkan dengan 
tablet anda. (Ini bergantung pada tetapan penyegerakan anda.)
Selepas mendaftar masuk, anda boleh menggunakan Gmail™ dan 
memanfaatkan perkhidmatan Google pada tablet anda.