LG GT540 noir User Manual

Page of 306
8
   Gangguan yang sedikit boleh 
menjejas TV, radio, PC, dan 
sebagainya.
Keselamatan di jalan raya
Periksa undang-undang dan 
peraturan mengenai penggunaan 
telefon mudah alih semasa 
memandu di dalam kawasan.
   Jangan gunakan telefon pegang 
tangan semasa memandu.
   Beri perhatian sepenuhnya kepada 
pemanduan.
   Gunakan kit bebas tangan, jika 
tersedia.
   Keluar dari jalan raya dan letak 
kereta sebelum membuat atau 
menjawab panggilan jika keadaan 
pemanduan memerlukan anda 
berbuat demikian.
   Tenaga RF mungkin menjejaskan 
sesetengah sistem elektronik 
dalam kenderaan anda seperti 
stereo kereta dan kelengkapan 
keselamatan.
   Apabila kenderaan anda dilengkapi 
beg udara, jangan halangnya 
dengan kelengkapan wayarles 
yang dipasang atau yang mudah 
alih. Ia mungkin tidak berfungsi 
atau menyebabkan kecederaan 
serius disebabkan prestasi yang 
tidak betul.
   Jika anda mendengar muzik 
semasa berjalan, sila pastikan 
kelantangan pada tahap yang 
munasabah agar anda sedar akan 
persekitaran anda. Ini amat penting 
terutamanya ketika berada di 
jalan raya.
Elakkan kerosakan pada 
pendengaran anda
Kerosakan kepada pendengaran 
anda boleh berlaku jika anda 
terdedah kepada bunyi yang kuat 
untuk tempoh yang lama. Oleh itu 
kami menyarankan agar anda tidak 
menghidupkan atau mematikan 
telefon terlalu hampir dengan telinga 
anda. Kami juga menyarankan 
bahawa kelantangan muzik dan 
panggilan ditetapkan pada paras 
yang berpatutan.
NOTA: Bunyi dan tekanan 
melampau daripada fon telinga 
boleh menyebabkan kehilangan 
pendengaran.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
GT540 MR_SEA_Malay_1.0_1103.indd8   8
2010.11.3   10:34:35 AM