LG LGH502F Owner's Manual

Page of 276
80
Kemas kinian perisian telefon
Kemas kinian perisian telefon
Kemas kinian perisian telefon mudah alih LG daripada Internet
Untuk maklumat lanjut tentang cara menggunakan fungsi ini, sila lawati http://www.
lg.com/common/index.jsp   pilih negara dan bahasa anda.
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini perisian tegar telefon anda kepada versi
terkini daripada Internet dengan mudah tanpa melawati pusat servis. Ciri ini tersedia
hanya jika dan apabila LG membuat versi lebih baru peralatan tegar yang tersedia bagi
peranti anda.
Oleh kerana pengemaskinian peralatan tegar telefon bimbit memerlukan perhatian
penuh pengguna sepanjang tempoh proses kemaskini, sila pastikan anda memeriksa
semua arahan dan nota yang muncul pada setiap langkah sebelum meneruskannya.
Sila ambil perhatian bahawa menanggalkan kabel data USB semasa naik taraf boleh
menyebabkan kerosakan teruk kepada telefon mudah alih anda.
NOTA: LG berhak membuatkan kemas kinian peralatan tegar hanya tersedia 
bagi model terpilih mengikut budi bicaranya sendiri dan ini tidak menjamin 
ketersediaan versi lebih baru peralatan tegar bagi semua model telefon bimbit.
Kemas kini perisian Telefon Mudah Alih LG melalui teknologi Over-the-Air 
(OTA)
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini perisian telefon anda kepada versi lebih
baru dengan mudah melalui OTA, tanpa menyambung menggunakan kabel data USB.
Ciri ini tersedia hanya jika dan apabila LG membuat versi lebih baru peralatan tegar
yang tersedia bagi peranti anda.
Anda hendaklah terlebih dahulu menyemak versi perisian pada telefon bimbit anda:
Tetapan > tab Umum > Mengenai telefon > tab Biasa > Pusat kemaskini > 
Kemaskini perisian > Semak sekarang untuk kemas kinian.
Kemas kinian perisian telefon