LG X155 User Guide

Page of 230
34
Persediaan akaun Google
Selepas mendaftar masuk, telefon anda akan disegerakkan dengan perkhidmatan 
Google anda, seperti Gmail, Kenalan dan Google Calendar. Anda juga boleh 
menggunakan Peta, memuat turun aplikasi dari Play Store, menyandarkan tetapan 
anda ke pelayan Google, dan mengambil kesempatan daripada perkhidmatan Google 
yang lain pada telefon anda. 
PENTING
Sesetengah aplikasi, seperti Kalendar, hanya berfungsi dengan Akaun Google 
pertama yang anda tambah. Jika anda bercadang untuk menggunakan 
lebih daripada satu Akaun Google dengan telefon anda, pastikan anda log 
masuk dahulu ke dalam akaun yang anda ingin gunakan dengan aplikasi 
tersebut. Apabila anda mendaftar masuk, kenalan anda, mesej Gmail, acara 
Kalendar dan maklumat lain daripada aplikasi dan perkhidmatan ini pada 
web disegerakkan dengan telefon anda. Jika anda tidak mendaftar masuk 
ke Akaun Google semasa persediaan, anda akan diminta untuk mendaftar 
masuk atau mencipta Akaun Google pada kali pertama anda memulakan 
aplikasi yang memerlukan daftar masuk, seperti Gmail atau Play Store.
Jika anda mempunyai akaun perdagangan melalui syarikat atau organisasi 
anda, jabatan IT anda mungkin mempunyai arahan khas mengenai cara untuk 
mendaftar masuk ke akaun tersebut.