LG G4s - LG H735 User Guide

Page of 286
87
Tentang panduan pengguna ini
Tentang panduan pengguna ini
Sebelum menggunakan peranti anda, sila baca panduan ini dengan teliti. Ini 
akan memastikan bahawa anda menggunakan telefon anda dengan selamat dan 
dengan betul.
Sesetengah imej dan tangkap layar yang disediakan dalam panduan ini mungkin 
nampak berbeza pada telefon anda.
Kandungan anda mungkin berbeza daripada produk akhir, atau daripada perisian 
yang dibekalkan oleh pembekal khidmat atau pembawa. Kandungan ini tertakluk 
kepada perubahan tanpa notis lebih awal. Bagi versi terkini panduan ini, sila lawati 
laman web LG di www.lg.com.
Aplikasi telefon anda dan fungsinya mungkin berbeza mengikut negara, wilayah 
atau spesifikasi perkakasan. LG tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap 
sebarang masalah prestasi yang timbul akibat penggunaan aplikasi yang 
dibangunkan oleh pembekal selain daripada LG.
LG tidak boleh dipertanggungjawabkan atas isu prestasi atau ketidakserasian yang 
timbul akibat tetapan pendaftaran yang diedit atau perisian sistem pengendalian 
yang diubah suai. Sebarang cubaan untuk menyesuaikan sistem pengendalian 
anda boleh mengakibatkan peranti atau aplikasinya tidak berfungsi dengan betul.
Perisian, audio, kertas dinding, imej dan media lain yang dibekalkan bersama peranti 
anda telah dilesenkan untuk penggunaan terhad. Jika anda memetik dan menggunakan 
bahan-bahan ini untuk tujuan perdagangan atau tujuan lain, anda mungkin melanggar 
undang-undang hak cipta. Sebagai pengguna, anda bertanggungjawab sepenuhnya 
terhadap penggunaan media yang tidak sah di sisi undang-undang.
Caj tambahan mungkin akan dikenakan untuk perkhidmatan data, seperti 
perkhidmatan pemesejan, memuat naik, memuat turun, penyegerakan auto dan 
perkhidmatan lokasi. Pilih pelan data yang sesuai dengan keperluan anda untuk 
mengelakkan caj tambahan. Hubungi pembekal khidmat anda untuk mendapatkan 
butiran tambahan.
Tentang panduan pengguna ini