LG P725 User Guide

Page of 258
13
13
Mengenali telefon anda
Sebelum mula menggunakan 
telefon, sila baca ini dahulu!
Sila semak sama ada sebarang masalah
telefon yang anda hadapi telah diterangkan
dalam bahagian ini, sebelum anda
membawa telefon anda untuk diservis atau
memanggil wakil servis.
1. Memori telefon 
Apabila ruang yang tinggal pada memori
telefon anda kurang daripada 10%, telefon
anda tidak akan dapat menerima mesej
yang baru. Anda perlu memeriksa memori
telefon anda dan memadamkan sebahagian
data seperti aplikasi atau mesej, untuk
menjadikan lebih banyak memori tersedia.
Untuk membuang pemasangan aplikasi:
1  
Aplikasi > Tetapan > Aplikasi >
Uruskan aplikasi.
2  
Selepas semua aplikasi muncul, tatal
dan pilih aplikasi yang hendak anda
nyahpasang.
3  
Sentuh
Buang pemasangan.
2. Mengoptimumkan hayat bateri
Anda boleh memanjangkan hayat bateri
antara cas dengan mematikan ciri yang tidak
perlu dijalankan di latar belakang. Anda juga
boleh memantau bagaimana aplikasi dan
sumber sistem menggunakan kuasa bateri.
Memanjangkan hayat bateri anda:
Matikan komunikasi radio yang tidak anda
gunakan. Jika anda tidak menggunakan
Wi-Fi, Bluetooth, matikan ia.
Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan
masa tamat skrin yang lebih pendek.
Matikan penyegerakan automatik bagi
Gmail™, Kalendar, Kenalan dan aplikasi-
aplikasi lain.
Sesetengah aplikasi yang telah anda muat
turun mungkin akan mengurangkan kuasa
bateri.
Untuk memeriksa tahap cas bateri:
Aplikasi > Tetapan > Mengenai telefon
>
Status.
Status bateri (sedang mengecas atau tidak
mengecas) dan parasnya (peratus dicas)
akan dipaparkan pada bahagian atas skrin.
Untuk mengawasi dan mengawal 
bagaimana kuasa bateri digunakan:
Aplikasi > Tetapan > Mengenai telefon
>
Penggunaan bateri
Masa penggunaan bateri dipaparkan di
bahagian atas skrin. Ia memberitahu tempoh
masa semenjak anda menyambung telefon
anda kepada sumber kuasa atau, jika
sedang disambung kepada sumber kuasa,