LG P725 Optimus 3D Max User Guide

Page of 258
59
Kesambungan
Bluetooth
Anda boleh menggunakan Bluetooth untuk
menghantar data dengan menjalankan
aplikasi berpadanan, bukan daripada menu
Bluetooth seperti mana kebanyakan telefon
mudah alih yang lain.
PETUA! 
Dengan LG-P725, anda boleh
menikmati Bluetooth berkelajuan tinggi.
Jika peranti yang anda hendak berkongsi
fail juga menyokong Bluetooth kelajuan
tinggi, fail akan dipindahkan secara
automatik melalui rangkaian kelajuan
tinggi. Untuk menggunakan pemindahan
data Bluetooth kelajuan tinggi, sila
pastikan Wi-Fi adalah OFF pada peranti
anda sebelum digunakan. Tetapan
bagi Bluetooth kelajuan tinggi mungkin
berbeza bergantung pada peranti. Sila
semak tetapan peranti dengan pembekal
perkhidmatannya.
NOTA: 
• LG tidak bertanggungjawab
terhadap kehilangan, pintasan, atau
penyalahgunaan data yang dihantar atau
diterima melalui ciri wayarles Bluetooth.
• Sentiasa pastikan bahawa anda
berkongsi dan menerima data dengan
peranti yang dipercayai dan dilindungi
dengan sempurna. Jika terdapat
halangan antara peranti, jarak operasi
boleh dikurangkan.
• Beberapa peranti, terutamanya yang
tidak diuji atau diluluskan oleh Bluetooth
SIG, mungkin tidak serasi dengan peranti
anda.
Menghidupkan Bluetooth dan 
memperpasangkan telefon anda dengan 
peranti Bluetooth
1  
Aplikasi > Tetapan > Wayarles & 
rangkaian > Sentuh Bluetooth untuk
menghidupkannya
.
2  
Pergi ke
Tetapan Bluetooth > Imbas 
peranti
3  
Pilih peranti yang hendak anda
perpasang daripada senarai.