LG F70 - LG D315 User Manual

Page of 330
28
Petua skrin sentuh
Di sini terdapat beberapa petua mengenai cara menavigasi telefon anda.
Sentuh atau ketik – Satu ketikan jari memilih item, pautan, pintasan dan huruf pada 
papan kekunci pada skrin.
Sentuh dan tahan – Sentuh dan tahan item pada skrin dengan menyentuhnya dan tidak 
mengangkat jari anda sehingga tindakan berlaku. Contohnya, untuk membuka pilihan 
tersedia kenalan, sentuh dan tahan kenalan dalam senarai Kenalan sehingga menu konteks 
terbuka.
Seret – Sentuh dan tahan item buat seketika, lalu, tanpa mengangkat jari anda, gerakkan 
jari anda pada skrin sehingga anda mencapai kedudukan yang disasarkan. Anda boleh 
menyeret item pada skrin Utama untuk menukar kedudukannya.
Leret atau luncur - Untuk meleret atau meluncur, dengan cepat gerakkan jari anda 
merentasi permukaan skrin, tanpa menjeda apabila pertama kali anda menyentuhnya 
(maka, anda tidak menyeret item). Contohnya, anda boleh meluncur skrin ke atas atau ke 
bawah untuk menatal melalui senarai, atau menyemak imbas melalui skrin Utama berbeza 
dengan meleret dari kiri ke kanan (dan sebaliknya).
Ketik dua kali – Ketik dua kali untuk zum pada halaman web atau peta. Contohnya, 
dengan cepat ketik dua kali bahagian halaman web untuk melaraskan bahagian itu untuk 
disesuaikan dengan lebar skrin. Anda juga boleh mengetik dua kali untuk zum masuk dan 
keluar selepas melihat gambar dan semasa menggunakan Peta.
Cubit untuk Zum – Gunakan jari telunjuk dan ibu jari anda dalam gerakan mencubit atau 
mengembang untuk zum masuk atau keluar semasa menggunakan penyemak imbas, Peta 
atau semasa melihat gambar.
Putar skrin – Daripada banyak aplikasi dan menu, orientasi skrin akan dilaraskan mengikut 
orientasi fizikal peranti.
Skrin utama anda