LG F70 - LG D315 User Manual

Page of 330
37
WLAN
Dengan WLAN, anda boleh menggunakan akses Internet kelajuan tinggi dalam liputan titik 
akses wayarles (AP). Nikmati Internet wayarles menggunakan WLAN, tanpa caj tambahan. 
Menyambung ke rangkaian WLAN
Untuk menggunakan WLAN pada telefon anda, anda perlu mengakses titik akses wayarles 
atau ‘hotspot’. Sesetengah pusat akses adalah terbuka dan anda hanya perlu menyambung 
padanya. Yang lain adalah tersembunyi atau menggunakan ciri keselamatan, jadi anda 
hendaklah mengkonfigurasi telefon anda agar dapat menyambung kepadanya.
Matikan WLAN apabila anda tidak menggunakannya, untuk melanjutkan hayat bateri anda.
NOTA: Jika anda di luar zon WLAN atau anda mematikan WLAN, caj 
tambahan akan dikenakan oleh pembekal perkhidmatan mudah alih anda 
bagi penggunaan data mudah alih.
Menghidupkan WLAN dan menyambung kepada rangkaian 
WLAN
Daripada skrin Utama, ketik tab 
 > Apl (jika perlu) > Tetapan 
 > tab Rangkaian 
> WLAN.
Ketik suis 
 untuk menghidupkan WLAN dan mula mengimbas rangkaian WLAN 
yang tersedia.
• 
Rangkaian selamat ditandakan oleh ikon kunci.
Ketik rangkaian untuk menyambung padanya.
• 
Jika rangkaian selamat, anda digesa untuk memasukkan kata laluan atau kelayakan 
lain. (Tanya pentadbir rangkaian anda untuk mendapatkan butiran)
Bar Status memaparkan ikon yang menandakan status WLAN.
Menyambung kepada Rangkaian dan Peranti