LG F70 - LG D315 User Manual

Page of 330
52
NOTA: Sila pastikan kanta kamera dalam keadaan bersih sebelum 
mengambil gambar.
Menggunakan tetapan lanjutan
Dalam pencari pandangan, ketik 
 untuk membuka pilihan lanjutan. Anda boleh menukar 
tetapan kamera dengan menatal melalui senarai ini. Selepas memilih pilihan, ketik Kekunci 
Kembali 
.
Ini membolehkan anda mengambil hambar dengan menyatakan perintah suara. 
Sebut CheeseSmileWhiskyKimchi atau LG untuk mengambil gambar.
Ini menentukan dan mengawal jumlah cahaya matahari yang memasuki imej.
Ketik untuk memilih mod fokus.
Anda boleh memilih saiz imej.
Pengadaran ISO menentukan kepekaan sensor cahaya kamera. Semakin tinggi 
ISO, semakin sensitif kamera itu. Ini berguna dalam keadaan lebih gelap apabila 
anda tidak dapat menggunakan denyar.
Memperbaiki imbangan putih dalam keadaan pencahayaan yang berbeza.
Memberi kesan warna kepada gambar anda.
Menetapkan masa tunda selepas butang Tangkap ditekan. Ini sangat sesuai jika 
anda juga mahu bergambar sama.
Aktifkan yang ini untuk menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi telefon 
anda. Ambil gambar di mana sahaja anda berada dan tag gambar bersama 
lokasi. Jika anda memuat naik gambar yang ditag pada blog yang menyokong 
Geo-tag, anda boleh melihat gambar tersebut dipaparkan pada peta.
Memilih bunyi pengatup.