LG F70 - LG D315 User Manual

Page of 330
58
Melaraskan volum semasa melihat video
Untuk melaraskan volum video semasa ia sedang dimainkan, gunakan Kekunci Volum pada 
sisi kiri telefon.
Galeri
Anda boleh menyimpan fail multimedia dalam memori dalaman dan luaran supaya anda 
dapat mengakses semua fail multimedia anda dengan mudah. Gunakan aplikasi ini untuk 
melihat fail multimedia seperti gambar dan video.
• 
Daripada skrin Utama, ketik tab 
 > Apl (jika perlu) > Galeri 
.
NOTA: 
• 
Beberapa format fail tidak disokong, bergantung kepada perisian yang 
dipasang pada telefon.
• 
Sesetengah fail mungkin tidak akan dimainkan dengan betul, bergantung 
kepada cara fail dikodkan.
Melihat gambar
Buka Galeri untuk memaparkan album tersedia anda. Apabila aplikasi lain, seperti E-mel, 
menyimpan gambar, folder muat turun akan dicipta secara automatik untuk menyimpan 
gambar ini. Begitu juga, menangkap tangkap layar dengan automatik akan mencipta folder 
Tangkap Layar. Pilih folder untuk membukanya.
Gambar dipaparkan mengikut tarikh ciptaannya dalam folder. Pilih gambar yang hendak 
dilihat dalam skrin penuh. Tatal ke kiri atau kanan untuk melihat imej seterusnya atau 
sebelumnya.
Mengezum masuk dan keluar
Gunakan salah satu kaedah berikut untuk mengezum masuk dan keluar imej:
• 
Ketik dua kali di mana-mana untuk mengezum masuk.