ASUS RT-AC3200 User Manual

Page of 134
55
SSID (Pengecam Set Perkhidmatan) atau nama rangkaian untuk 
mengenal pasti rangkaian wayarles anda. Peranti Wi-Fi boleh 
mengenal pasti dan menyambung ke rangkaian wayarles melalui 
SSID ditentukan anda. SSID pada panji maklumat dikemas kini 
apabila SSID baru disimpan pada tetapan.
NOTA:   Anda boleh menugaskan SSID unik untuk jalur frekuensi 2.4GHz, 
5GHz dan 5GHz-2. 
5.  Dalam medan Hide SSID (Sembunyi SSID), pilihYes (Ya) untuk 
mengelakkan peranti wayarles daripada mengesan SSID anda. 
Apabila fungsi ini didayakan, anda perlu memasukkan SSID 
secara manual pada peranti wayarles untuk mengakses rangkaian 
wayarles.
6.  Pilih mana-mana pilihan mod wayarles ini untuk menentukan jenis 
peranti wayarles yang boleh bersambung ke penghala wayarles 
anda:
•  Auto: Pilih Auto untuk membenarkan peranti 802.11AC, 802.11n, 
802.11g, dan 802.11b bersambung dengan penghala wayarles.
•  Legasi: Pilih Legacy (Legasi) untuk membenarkan peranti 
802.11b/g/n bersambung dengan penghala wayarles. Perkakas 
yang menyokong 802.11n secara asalanya, walau bagaimanapun, 
hanya akan berjalan pada kelajuan maksimum 54Mbps. 
•  N sahaja: Pilih N sahaja untuk memaksimumkan prestasi wayarles 
N. Tetapan ini menghalang peranti 802.11g dan 802.11b daripada 
bersambung ke penghala wayarles.
7.  Pilih saluran operasi untuk penghala wayarles anda. Pilih Auto untuk 
membolehkan penghala wayarles memilih saluran yang mempunyai 
jumlah yang paling kurang gangguan secara automatik.
8.  Pilih lebar jalur saluran untuk menyesuaikan kelajuan 
penghantaran yang lebih tinggi.
9.  Sila pilih kaedah pengesahan.
NOTA:  Penghala wayarles anda menyokong kadar penghantaran 
maksimum 54 Mbps apabila Wireless Mode (Mod Wayarles) ditetapkan 
kepada Auto.
10.Apabila selesai, klik Apply (Guna).