ASUS 4G-AC55U User Manual

Page of 139
71
Untuk menyediakan penapis Perkhidmatan Rangkaian:
1.  Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings 
(Tetapan Lanjutan) > Firewall (Tembok Api) > Network 
Service Filter (Penapis Perkhidmatan Rangkaian.
2.  Dalam medan Enable Network Services Filter (Dayakan 
Penapis Perkhidmatan Rangkaian), pilih Enable (Dayakan).
3.  Pilih jenis jadual Penapis. Black List (Senarai Hitam) 
menyekat perkhidmatan rangkaian yang ditentukan. 
White List (Senarai Putih) mengehadkan akses hanya ke 
perkhidmatan rangkaian yang ditentukan.
4.  Nyatakan hari dan masa apabila penapis akan diaktifkan. 
5.  Untuk menentukan Perkhidmatan Rangkaian untuk menapis, 
masukkan IP Sumber, IP Destinasi, Liputan Port dan Protokol. 
Klik butang 
.
6. Klik 
Apply (Guna).
4.5.5  Tembok Api IPv6
Secara lalai, penghala wayarles ASUS anda menyekat semua trafik 
masuk tanpa diminta. Fungsi IPv6 Tembok Api membolehkan 
trafik masuk datang daripada perkhidmatan tertentu untuk 
melalui rangkaian anda.