Philips hq 5705 User Manual

Page of 9
BAHAsA MElAyu
Penting
Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati sebelum 
anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk 
rujukan masa depan.
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan 
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang 
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang 
berpengalaman daan pengetahuan, kecuali mereka 
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan 
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas 
keselamatan mereka. 
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan 
mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
Guna dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C 
dan 35°C. 
Perkakas mematuhi peraturan keselamatan 
antarabangsa IEC yang diluluskan dan boleh 
dibersihkan dengan selamat di bawah pili 
air.  (Gamb. 1)
Berhati-hati dengan air panas. Sentiasa periksa agar air 
tidak begitu panas, untuk mengelakkan tangan anda 
daripada kelecuran.
Keluarkan bateri jika anda tidak akan menggunakan 
perkakas selama sebulan atau lebih.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang 
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). Jika 
dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam 
manual pengguna ini, perkakas selamat untuk digunakan 
menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Bersedia untuk menggunakannya
Perkakas berjalan dengan menggunakan dua bateri 
R6 AA 1.5-voltan. Kami amat menyarankan agar anda 
menggunakan bateri beralkali Philips LR6. Ia mempunyai 
kuasa yang mencukupi untuk lebih kurang 60 minit 
pencukuran.
Memasukkan bateri
  1 
 Buka penutup petak bateri (Gamb. 2).
  2 
 Keluarkan penutup petak bateri.  (Gamb. 3)
  3 
 Letak dua bateri di dalam petak bateri (Gamb. 4).
Pasikan tangan anda dan perkakas kering apabila anda 
memasukkan bateri.
Pastikan pola + dan - bateri menghala ke arah yang 
betul
Pencukur tidak berfungsi jika bateri tidak dipasang dengan 
betul.
  4 
 Tolak  penutup petak bateri kembali pada perkakas. 
  5 
 Kunci penutup petak bateri (Gamb. 5).
Mengoptimumkan jangka hayat bateri
Untuk mengelak kerosakan yang berpunca daripada 
kebocoran bateri:
Keluarkan bateri jika anda tidak akan mengggunakan 
perkakas selama sebulan atau lebih.
Jangan biarkan bateri kosong di dalam perkakas.
Menggunakan perkakas
  1 
 Tanggalkan  penutup pelindung.
  2 
 Hidupkan pencukur dengan menolak gelangsar 
hidup/mati ke atas (Gamb. 6).
  3 
 Gerakkan kepala pencukur denagn gerakan lurus 
dan membulat di atas permukaan kulit dengan 
pantas.  (Gamb. 7)
Hasil pencukuran yang terbaik akan terhasil jika muka 
anda kering.
Kulit anda mungkin memerlukan 2 atau  
3 minggu untuk membiasakan diri dengan sistem Philips.
  4 
 Matikan pencukur dengan menolak gelangsar hidup/
mati ke atas.
  5 
 Pasang semula penutup pelindung pada pencukur 
setelah setiap penggunaan untuk mengelakkan 
kerosakan (Gamb. 8).
Pembersihan
Membersih alat pencukur dengan kerapkali untuk 
menjamin prestasi pencukuran terbaik.
-
-
-
-
-
,
-
-
Cara yang paling senang dan bersih untuk mencuci 
perkakas adalah membilas unit mencukur dan ruangan 
menyimpan rambut dengan air panas setiap kali anda 
telah gunakan alat pencukur tersebut.
Jangan sekali-kali membilas pencukur apabila petak 
baterinya terbuka. Sentiasa pastikan bahawa penutup 
petak bateri tertutup dan dikunci dengan betul sebelum 
anda mula membilas pencukur itu.
Berhati-hati dengan air panas. Sentiasa periksa agar air 
tidak begitu panas, untuk mengelakkan tangan anda 
daripada kelecuran.
setiap hari: unit pencukur dan ruang rambut
  1 
 Matikan pencukur.
  2 
 Tanggalkan unit pencukur.  (Gamb. 9)
  3 
 Bilas bahagian luar unit pencukur di bawah air pili 
yang panas selama beberapa waktu (Gamb. 10).
  4 
 Bilas bahagian dalam unit pencukur di bawah air pili 
yang panas selama beberapa waktu.  (Gamb. 11)
  5 
 Bilas ruang rambut di bawah air pili yang panas 
selama beberapa waktu.  (Gamb. 12)
  6 
 Kembalikan unit pencukur ke alat pencukur dan 
goncangkannya untuk mengeluarkan lebihan air.
Jangan keringkan unit pencukur dengan tuala atau tisu, 
kerana ini akan merosakkan kepala alat pencukur.
setiap enam bulan: kepala pencukur
  1 
 Matikan pencukur.
  2 
 Tanggalkan unit pencukur (Gamb. 9).
  3 
 Putar roda melawan arah jam (1) dan tanggalkan 
rangka penahan (2) (Gamb. 13).
  4 
 Tanggalkan kepala pencukur dari unit 
pencukur.  (Gamb. 14)
  5 
 Tanggalkan adangan dari pemotong (Gamb. 15).
  6 
 Bersihkan pemotong dengan tepi berus yang 
berbulu pendek.  (Gamb. 16)
Jangan bersihkan lebih dari satu pemotong dan adangan 
pada sesuatu masa, kerana setiap set adalah berpadanan. 
Jika anda tercampur adukkan set pemotong dan adangan 
dengan tidak sengaja, ia mungkin mengambil masa 
sehingga beberapa minggu sebelum mutu pencukuran 
terbaik dapat dicapai semula.
  7 
 Berus adangan.  (Gamb. 17)
  8 
 Pasang semula rangka penahan pada unit pencukur, 
tekan roda dan putar ikut arah jam.
  9 
 Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
Penyimpanan 
Pasangkan kembali penutup perlindungan pada alat 
pencukur untuk mengelakkan kerosakan (Gamb. 8).
Penggantian
Gantikan kepala pencukur setiap dua tahun sekali untuk 
mendapatkan hasil pencukuran yang optimum.
Gantikan kepala pencukur yang rosak atau haus dengan 
Kepala Pencukur Angkat & Potong Dwi Tindakan 
Super HQ64 Philips (HQ5715) atau Kepala Pencukur 
Angkat & Potong Dwi Tindakan Super HQ54 Philips 
(HQ5710,5705).
  1 
 Matikan pencukur.
  2 
 Tanggalkan unit pencukur (Gamb. 9).
  3 
 Putar roda melawan arah jam (1) dan tanggalkan 
rangka penahan (2) (Gamb. 13).
  4 
 Tanggalkan kepala pencukur dari unit pencukur dan 
gantikannya dengan yang baru (Gamb. 14).
  5 
 Kembalikan rangka penahan ke dalam unit pencukur, 
tekan roda dan putarkan ke arah jam.
  6 
 Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
Aksesori
Aksesori berikut boleh didapati:
Kepala Pencukur Angkat & Potong Dwi Tindakan 
Super HQ64 Philips (HQ5715)
Kepala Pencukur Angkat & Potong Dwi Tindakan 
Super HQ54 Philips (HQ5710/HQ5705)
,
-
-
Sembur Pembersihan Kepala Pencukur Philips HQ110 
(tidak terdapat di China)
Alam sekitar
Bateri mengandungi bahan yang mungkin mencemar 
alam sekitar. Tanggalkan bateri apabila ia kosong 
atau apabila anda membuang perkakas. Jangan 
buang bateri dengan sampah rumah biasa, tetapi 
serahkannya ke pusat pungutan rasmi.
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada 
akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat pungutan 
rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan 
sedemikian anda akan membentu memelihara alam 
sekitar (Gamb. 18).
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi 
masalah, sila kunjungi laman web Philips di www.philips.
com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips 
di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor 
telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada 
Pusat Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil 
pengedar Philips tempatan atau Jabatan Servis Syarikat 
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
soalan lazim
Soalan
Jawapan
Mengapakan 
pencukur tidak 
mencukur  sebaik 
sebelum ini?
Anda mungkin tidak 
membersihkan perkakas 
dengan betul. Bersihkan kepala 
pencukur dengan rapi (lihat bab 
‘Membersih dan menyelenggara’).
Rambut panjang mungkin 
tersumbat di kepala pencukur. 
Bersihkan pemotong dan 
adangan dengan betul dengan 
berus yang dibekalkan 
(lihat bab ‘Membersih dan 
menyelenggaraa’).
Kepala pencukur mungkin 
rosak atau haus. Gantikan 
kepala pencukur (lihat bab 
‘Penggantian’).
Bateri mungkin semakin lemah. 
Gantikan bateri (lihat bab 
‘Bersedia untuk menggunakan’).
Mengapakah 
pencukur tidak 
hidup apabila saya 
menolak butang 
hidup/mati ke atas?
Bateri mungkin kosong. Gantikan 
bateri (lihat bab ‘Bersedia untuk 
menggunakan’).
-
-
-
422200247203
6/9