Panasonic MJSJ01 Operating Guide

Page of 40
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
 
(Pastikan mengikut arahan ini)
AMARAN
Simbol ini menunjukkan larangan.
Simbol ini menunjukkan 
keperluan yang mesti dipatuhi.
AMARAN
Menunjukkan
kecederaan serius
atau kematian.
AWAS
Menunjukkan risiko
kecederaan atau
kerosakan harta benda.
 
Carta berikut menunjukkan tahap kerosakan yang disebabkan oleh operasi yang salah.
 
Simbol dikelaskan dan dijelaskan seperti berikut.
Untuk mengelakkan kemalangan atau kecederaan kepada pengguna, orang lain dan kerosakan harta 
benda, sila patuhi arahan-arahan berikut.
 
Jangan merosakkan Tali Kod atau Palam.
  (Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran yang disebabkan oleh litar pintas.)
 
Jangan gunakan perkakas jika Tali Kod atau Palam rosak atau Palam disambungkan ke 
  soket secara longgar.
  (Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran yang disebabkan oleh litar pintas.)
  a Jika Tali Kod rosak, ia mesti digantikan oleh pengilang, ejen perkhidmatan atau orang
    dengan kelayakan seumpamanya, untuk mengelakkan bahaya.
 
Jangan memasang atau mencabut Palam dengan tangan yang basah.
  (Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik.)
 
Jangan menggunakan perkakas apabila Tali Kod dalam keadaan yang rosak.
  (Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.)
 
Jangan melebihi voltan dan jangan menggunakan arus alternatif selain daripada
  yang disenaraikan pada perkakas. 
  (Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran.)
  •  Pastikan voltan yang dibekalkan kepada perkakas adalah sama seperti bekalan tempatan 
  anda.
  •  Memasang alat peranti lain ke dalam soket yang sama boleh menyebabkan pemanasan 
    elektrik yang berlebihan.
  Jangan rendamkan perkakas ke dalam air atau percikan ia dengan air.
  (Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran yang disebabkan oleh litar pintas.)
 
Jangan membuka, membaiki atau mengubah suai perkakas.
  (Ia boleh menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik atau kecederaan.)
  •   Sila hubungi pusat perkhidmatan untuk pembaikan.
 
Jangan letakkan sebarang objek ke dalam lubang angin atau celah. 
   (Ia boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kerosakan.) 
  a
 Terutamanya objek logam seperti pin atau wayar.
 
Jangan masukkan jari anda atau perkakas seperti sudu, garpu dan sebagainya ke Bukaan 
  Penyalur Bahan semasa operasi. Jika makanan tersekat dalam Bukaan Penyalur Bahan, 
  gunakan Penolak Bahan atau sekeping buah-buahan lain atau sayur-sayuran untuk 
  menolak ia ke bawah. 
  (Ia boleh menyebabkan kecederaan.)
 
Jangan keluarkan Bekas Pulpa apabila motor sedang beroperasi. 
   (Ia boleh menyebabkan kecederaan.)
 
Jangan menggantikan mana-mana bahagian perkakas dengan alat ganti selain daripada 
  alat ganti tulen. 
   (Ia boleh menyebabkan kecederaan, kejutan elektrik atau kebakaran.)
  Jangan gunakan perkakas sekiranya Mangkuk Pengisar sudah rosak.
  (Ia boleh menyebabkan kecederaan.)
17
B.Melayu