Philips Pressurised steam generator GC8635/02 GC8635/02 User Manual

Product codes
GC8635/02
Page of 160
Pengenalan
Terima kasih kerana membeli penjana stim Philips ini.
 - Philips PerfectCare baru menawarkan cara inovatif untuk 
menyeterika pakaian anda. Kita semua tahu masalah remeh 
seterika tradisional: memilih suhu yang betul untuk fabrik 
yang kasar dan halus, menunggu seterika memanas dan 
menyejuk agar pakaian tidak rosak oleh seterika yang 
terlalu panas. Semua kesukaran ini telah berlalu dengan 
Philips PerfectCare baru.
 -  
Pada dasarnya, kedutan dihilangkan dengan memindahkan 
haba pada fabrik. Mengikut sejarah, ini dilakukan dengan 
plat tapak yang sangat panas. Kemudian stim ditambahkan 
untuk menggalakkan peralihan haba, dan menjadikan 
kerja menyeterika lebih pantas. Kajian kami mengesahkan 
bahawa cara terbaik untuk menghilangkan kedutan dengan 
berkesan ialah dengan kombinasi stim yang banyak dan 
suhu plat tapak yang optimum. Kunci untuk menghilangkan 
kedutan dengan berkesan ialah stim dan bukan suhu plat 
tapak. Suhu plat tapak hendaklah lebih tinggi sedikit dari 
suhu stim untuk menghilangkan kelembapan. Inilah suhu 
optimum.
 - Sebelum ini, jumlah stim yang banyak pada suhu optimum 
akan mengakibatkan tirisan air. Kami telah mencipta kebuk 
siklon unik yang dipatenkan untuk mengekalkan stim 
bertekanan tinggi yang meresap jauh ke dalam fabrik untuk 
masa menyeterika yang pantas dan tanpa risiko ketirisan air.
 -
Kerja menyeterika kini sangat ringkas - tiada pelarasan 
suhu, tiada penghangusan, tiada masa menunggu untuk 
memanas dan menyejuk. Ia lebih pantas, tidak kira siapa 
yang melakukannya. Dengan teknologi OptimalTemp ini, 
setiap pakaian boleh diseterika dengan berkesan dan 
selamat.
 - Seterika ini telah diluluskan oleh syarikat Woolmark 
Company Pty Ltd untuk menyeterika produk wul tulen 
dengan syarat pakaian itu diseterika mengikut panduan 
pada label pakaian dan yang telah dikeluarkan oleh 
pengeluar seterika ini. R1101. Di United Kingdom, Eire, 
Hong Kong dan India, tanda dagangan Woolmark ialah 
tanda dagangan Pensijilan.
BAhAsA MElAyu
67