Philips body groomer BG2024 BG2024/15 User Manual

Product codes
BG2024/15
Page of 114
56
pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk 
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh 
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Philips Bodygroom menawarkan pencukuran dan perapian yang selamat, 
lembut, cepat dan licin untuk setiap bahagian badan di bawah garis leher. 
Dengan pencukur dan perapi boleh cas semula dalam satu anda dengan 
mudah boleh memotong dan membuang bulu badan di mana sahaja yang 
anda mahukan, ketika basah atau kering!
perihalan umum (Gamb. 1)
1  Sikat perapi 1 (3mm/0.11 inci)
2  Sikat perapi 2 (5mm/0.19 inci) (BG2038/BG2036/BG2028/BG2026 
sahaja)
3  Sikat perapi 3 (7mm/0.27 inci) (BG2038/BG2036/BG2028/BG2026 
sahaja)
4  Penunjuk saiz sikat (1, 2 atau 3)
5  Unit pencukur 
6  Butang hidup/mati 
7  Penunjuk status bateri
8 Penyesuai
9  Berus pembersih (BG2038/BG2036/BG2028/BG2026 sahaja)
10  Alat tambahan pencukur belakang (BG2038/BG2036 sahaja)
11  Penunjuk status bateri
12 Penyesuai
13  Penegak cas
penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan 
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Bahaya
 - Pastikan penyesuai sentiasa kering.
amaran
 - Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada penyesuai adalah 
berpadanan dengan voltan sesalur kuasa tempatan anda sebelum anda 
menyambungkan perkakas ini.
 - Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk 
menggantinya dengan plag yang lain, kerana ini akan menyebabkan 
keadaan berbahaya.
 - Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk 
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau 
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi 
pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan pencukur ini oleh 
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
 - Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan mereka tidak 
bermain dengan perkakas ini.
 - Periksa perkakas setiap kali anda hendak menggunakannya. Jangan 
gunakan perkakas jika ia rosak, kerana ini boleh menyebabkan 
kecederaan.
Bahasa MElayu