Iqua Bluetooth wireless headset BHS-303 black F1333BIUS001 Manual De Usuario

Los códigos de productos
F1333BIUS001
Descargar
Página de 28
26
Spesifikasi Produk 
Model 
BHS-333
Saiz 
48 (P) x 9 (L) x 3 (T) mm
Berat 
0g
Masa berbual 
Sehingga 6 jam 
Masa tunggu sedia 
Sehingga 50 jam 
Masa pengecasan 
Dalam masa 2 jam
Jenis bateri 
Bateri boleh cas semula dengan penyambung bicu 2.0mm
Standard Bluetooth 
Bluetooth 2.0 EDR
Profil Bluetooth yang disokong  Handsfree 1.5 dan Headset 1.1
Sambungan 
Titik-ke-titik
Peranti terpasang 
Sehingga 8, satu dalam satu-satu masa.
Jarak kendalian 
0 meter
Julat suhu kendalian 
0ºC hingga 50ºC
Gambaran keseluruhan produk
. Butang Multifunction 
Mengendalikan fungsi panggilan 
2. Lampu Penunjuk 
Petunjuk status dengan lampu hijau
3. Penyambung pengecas 
4. Penyumbat telinga
5. Mikrofon 
Kandungan pakej jualan
a. Set kepala 
b. Pengecas dinding
c. Panduan pengguna
d. Dua penyumbat telinga (satu terpasang pada set kepala)
e. Cangkuk telinga (boleh didapati dalam pasaran terpilih)
MY
Maklumat Am
Terima kasih kerana membeli Set Kepala Bluetooth® Tanpa Wayar Iqua BHS-333. 
Peranti baru anda ini merupakan produk bergaya yang membolehkan anda 
berkomunikasi dengan telefon bimbit serasi yang menyokong teknologi tanpa wayar 
Bluetooth, dengan selesa.
Untuk bermula
Mengecas bateri
Sebelum menggunakan BHS-333, anda hendaklah terlebih dahulu mengecasnya kira-
kira 2 jam. Apabila bateri sudah tercas sepenuhnya, set ini memberikan masa bercakap 
sehingga 6 jam dan masa tunggu sedia sehingga 50 jam.
Sentiasa gunakan pengecas yang dibekalkan dalam pakej jualan.
. Sambungkan kabel pengecas kepada BHS-333.
2. Cucukkan pengecas pada soket dinding. Lampu hijau akan menyala.
3. Apabila bateri telah tercas sepenuhnya, lampu hijau akan padam.
Menghidup dan mematikan
Untuk menghidupkan BHS-333
Apabila set kepala mati, tekan butang Multifunction sehingga ada mendengar bunyi dan 
lampu hijaunya berkelip-kelip.
Untuk mematikan BHS-333
Apabila set kepala hidup, tekan dan tahan butang Multifunction sehingga ada mendengar 
bunyi meninggi dan lampu hijaunya berkelip sekali dan kemudian mati. 
Memasangkan set kepala Bluetooth dengan telefon bimbit Bluetooth
Pemasangan adalah proses menghubungkan BHS-333 kepada telefon bimbit berdaya 
Bluetooth anda.*
Setelah proses ini selesai, anda boleh menggunakan BHS-333 bersama dengan telefon 
bimbit yang telah dipasangkan dengannya.
Jika anda ingin menggunakan bhs-333 dengan telefon bimbit lain, anda hendaklah 
mengulangi proses pemasangan ini. Walaupun BHS-333 boleh dipasangkan dengan 8 
telefon serasi, ia hanya boleh bersambung kepada satu telefon sahaja pada satu-satu 
masa. Apabila ia telah dipasangkan dengan 8 telefon, peranti ke-9 yang dipasangkan 
akan menggantikan peranti pertama yang dipasangkan dengannya.
. Semasa set kepala mati, tekan dan tahan butang Multifunction sehingga ada  
 
  mendengar dua jenis bunyi dan lampu hijaunya berkelip-kelip dengan cepat.
2. Lepaskan butang tadi. BHS-333 telah berada dalam mod pasangan sekarang ini,    
  menunggu telefon bimbit anda menghubunginya.
3. Lengkapkan pemasangan dengan telefon bimbit anda. Sila rujuk kepada manual  
  telefon bimbit anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mencari dan  
 
  memasang. Apabila telefon telah menjumpai set kepala, ia akan memaparkan Iqua  
  BHS-333 pada skrinnya. Untuk memasangkannya dengan telefon, masukkan kod   
  PIN 0000.
4. Setelah selesai pemasangan, BHS-333 akan bersambung ke telefon bimbit anda  
  secara automatik. Walaupun setelah selesai pemasangan, sesetengah telefon tidak  
  bersambung kepada set kepala secara automatik. Jika ini berlaku, sila pastikan  
  bahawa anda telah menyambungkan telefon kepada set kepala (sila rujuk kepada   
  manual telefon bimbit anda). Sebaik sahaja pemasangan dan penyambungan  
 
  berjaya, lampu hijaunya akan berkelip sebanyak dua kali setiap 5 saat.
Jika set kepala dihidupkan dalam jarak 0 meter dari beberapa telefon yang 
dipasangkan dengannya, set kepala ini akan cuba bersambung dengan telefon terakhir 
yang bersambung dengannya dalam masa 0 saat. Jika set kepala tidak bersambung 
dengan telefon terakhir yang bersambung dengannya (sebagai contoh, telefon yang 
dipasangkan dengannya itu dimatikan atau telefon itu menolak sambungan), lampu 
hijaunya akan berkelip sekali setiap 3 saat bagi menandakan yang ia hidup tetapi tiada 
sambungan Bluetooth.
* Untuk maklumat keserasian terkini sila lawati www.iqua.com
Memutuskan sambungan antara BHS-333 dan telefon anda
Cara termudah untuk memutuskan sambungan antara BHS-333 dan telefon anda adalah 
dengan mematikan BHS-333.
Menyambungkan semula set kepala yang telah dipasangkan dengan telefon yang 
serasi dengannya
Untuk menyambungkan semula BHS-333 kepada telefon terakhir yang bersambung 
dengannya sebelum ini, hidupkan set kepala dan ia akan bersambung kepada telefon 
anda secara automatik.
Fungsi Panggilan
Menjawab panggilan
Apabila terdapat panggilan masuk, anda akan mendengar nada dering melalui set 
kepala. Tekan butang Multifunction untuk menjawab panggilan masuk. Anda akan 
mendengar bunyi apabila panggilan telah dijawab.
Menamatkan panggilan
Untuk menamatkan panggilan aktif, tekan dengan ringan butang Multifunction. Anda 
akan mendengar bunyi apabila panggilan telah ditamatkan.
Menolak panggilan
Apabila anda menerima panggilan masuk yang tidak ingin dijawab, tekan dan tahan 
butang Multifunction untuk menolak panggilan tersebut. 
Mendail semula nombor teakhir yang didail (jika disokong oleh telefon)
Untuk membuat panggilan ke nombor terakhir yang didail, tekan butang Multifunction 
sebanyak dua kali semasa tiada panggilan. Anda akan mendengar bunyi nyaring 
apabila nombor tersebut didail. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah telefon tidak 
menyokong pendailan semula.
Pendailan suara (jika disokong oleh telefon)
Untuk mengaktifkan fungsi pendailan suara telefon anda, tekan butang Multifunction 
semasa tiada panggilan. Anda akan mendengar bunyi nyaring, yang menandakan 
bahawa anda boleh menyebut tag suara sekarang. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk 
kepada manual telefon bimbit anda. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah model 
telefon tidak menyokong pendailan suara.
Ringkasan petunjuk lampu
Lampu LED BHS-333 ialah hijau dan kebiasaannya ia disertai dengan isyarat bunyi.
Kuasa hidup tetapi tiada 
 
Lampu hijau berkelip sekali setiap 3 saat
sambungan Bluetooth
Sambungan Bluetooth hidup 
Lampu hijau berkelip dua kali setiap 5 saat
Bateri lemah   
 
Lampu hijau berkelip dua kali setiap 3 saat  
 
   
 
dan bunyi perlahan dibunyikan
Mengecas bateri 
 
Lampu hijau menyala berterusan
Pengurusan kuasa
Produk ini dibekali kuasa oleh bateri boleh cas terbina dalam yang tidak boleh diganti. 
Jangan sesekali cuba mengganti bateri. Bateri boleh cas boleh dicas dan dinyahcas 
beratus-ratus kali, tetapi lama-kelamaan ia akan haus. Selepas suatu tempoh masa yang 
berbeza-beza bergantung kepada keadaan penggunaannya, anda akan dapati bateri 
terbina dalam ini hanya mampu membekalkan kuasa kepada peralatan anda untuk dua 
jam sahaja dan ia memerlukan anda mengecasnya dengan lebih kerap lagi. 
Cas peranti anda dengan menggunakan pengecas yang disediakan dalam pakej 
jualan ini sahaja. Cabut palam pengecas jika tidak digunakan. Jangan biarkan peranti 
bersambung kepada pengecas lebih lama daripada masa yang diperlukan, kerana 
pengecasan berlebihan mungkin memendekkan jangka hayat bateri. 
Jika dibiarkan tidak digunakan bateri yang tercas penuh akan menyahcas sendiri 
mengikut masa. 
Tinggi rendah suhu yang melampau boleh menjejaskan keupayaan pengecasan bateri. 
Sentiasa pastikan peranti berada dalam keadaan suhu antara 5°C dan 25°C (59°F dan 
77°F). Meninggalkan peranti di dalam tempat yang panas atau sejuk seperti di dalam 
kereta tertutup pada musim panas atau sejuk akan mengurangkan keupayaan dan 
memendekkan jangka hayat bateri. Peranti yang baterinya panas atau sejuk mungkin 
tidak dapat berfungsi seketika walaupun bateri itu tercas penuh. Prestasi bateri sangat 
terhad dalam telaga suhu di bawah takat beku. Jangan cas bateri di dalam persekitaran 
yang lembap.
Penjagaan dan Penyelenggaraan
 
– Jangan dedahkan peranti kepada cecair atau lembapan kerana ia tidak   
 
   kalis air. 
 
– Jangan guna atau simpan peranti di dalam tempat yang berhabuk dan    
 
   kotor. Bahagian boleh gerak dan komponen elektroniknya boleh rosak.
 
– Jangan simpan peranti di tempat panas. Suhu tinggi boleh memendekkan  
 
    jangka hayat peranti elektronik, merosakkan bateri dan meleding atau    
 
    mencairkan sesetengah plastik.
 
– Jangan simpan peranti di tempat sejuk. Apabila peranti kembali ke suhu  
 
   normalnya, lembapan mungkin akan terbentuk di dalam peranti dan  
 
 
   merosakkan papan litar elektroniknya.
 
– Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang peranti ini. Pengendalian yang kasar  
 
   boleh mematahkan papan litar dan bahagian mekanik halusnya.
 
– Jangan gunakan bahan kimia, pelarut atau bahan pencuci yang kuat untuk  
 
   membersihkan peranti ini.
 
– Gunakan kain yang lembut, bersih dan kering untuk membersihkan kanta- 
 
   kantanya.
 
– Jangan dedahkan peranti anda kepada sentuhan dengan objek tajam    
 
   kerana ini akan menyebabkan calar dan kerosakan. 
 
– Jangan lekatkan apa-apa di bahagian dalam peranti kerana ini boleh    
 
   merosakkan komponen dalamnya.
 
– Jangan buka peranti atau pengecas kerana kedua-duanya tidak mempunyai  
 
   bahagian yang perlu diservis dan dengan membukanya anda mungkin    
 
   terdedah kepada voltan berbahaya atau bahaya lain.
Bertindak mengikut undang-undang dan peraturan tempatan dan jangan buang produk 
ini sebagai sebahagian daripada buangan isi rumah biasa. Ikut sistem pungutan 
berasingan yang berkenaan bagi barangan elektrik dan elektronik.
Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan bagi Produk IQUA saya?
Jika anda yakin anda layak mendapatkan perkhidmatan pembaikan atau ganti bagi 
produk IQUA anda berdasarkan hak berkanun di bawah undang-undang negara yang 
boleh dikenakan berkaitan penjualan barangan konsumer atau jaminan yang diberikan 
oleh wakil penjual yang telah menjual Produk IQUA ini kepada anda, sila hubungi wakil 
penjual anda.
AKUAN PEMATUHAN
Kami, Iqua Ltd., mengaku di bawah tanggungjawab kami sendiri, bahawa produk ini, 
BHS-333, mematuhi peruntukan-peruntukan Arahan Majlis berikut: 999/5/EC. Salinan 
Akuan Pematuhan ini boleh didapati di http://www.iqua.com/declaration_of_conformity
Copyright © 2008 Iqua Ltd
Lihat Rajah 1 dan Rajah 2