Philips HD4755 Manual De Usuario

Descargar
Página de 88
38
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya 
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Perihalan umum (gamb. 1)
a  Tudung luar
B  Tudung dalam boleh tanggal
C  Bolong stim
D  Pemegang pemasak nasi
E  Pendakap lekap pemegang senduk
F  Pemegang senduk
g  Elemen pemanasan
H  Kord sesalur kuasa
i  Senduk sup
J  Senduk nasi
K  Cawan penyukat
l  Periuk dalam
M  Penunjuk paras air
n  Dulang stim
o  Jasad utama
P   Panel kawalan
Q  Tuil pelepas
R  Sambungan kord utama
s  Tukup bolong stim boleh tanggal
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan untuk 
rujukan masa depan.
Bahaya
 - Jangan tenggelamkan perumah pemasak nasi di dalam air atau membilasnya di bawah pili air.
amaran:
 - Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa 
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
 - Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding terbumi. Sentiasa pastikan plag dimasukkan 
dengan rapi ke dalam soket. 
 - Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau perkakas itu sendiri rosak.
 - Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips 
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
 - Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang 
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali 
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang 
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
 - Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
 - Jauhkan kord sesalur kuasa dari capaian kanak-kanak. Jangan biarkan kord sesalur kuasa 
tergantung melepasi pinggir meja atau permukaan tempat kerja di mana perkakas berada. 
 - Pastikan elemen pemanasan, suis magnet dan bahagian luar periuk dalam bersih dan kering 
sebelum anda memasukkan plag ke dalam soket dinding.
 - Jangan tutup bolong stim semasa periuk pemasak nasi sedang beroperasi.
 - Jangan pasang plag perkakas atau mengendalikan panel kawalan dengan tangan yang basah.
BaHasa MElayu