Philips HD4755 Manual De Usuario

Descargar
Página de 88
 
, Jika anda gagal untuk menetapkan masa memasak, masa memasak lalai selama 1 jam akan 
digunakan.
 4 
 Tekan turun tuil kawalan untuk memulakan proses memasak bubur nasi. 
 
, Lampu masak menyala dan proses pengukusan bermula.
 
, Apabila proses memasak bermula, paparan akan menukar masa yang dipratetap kepada masa 
semasa.
Apabila proses memasak telah selesai, lampu masak akan padam dan lampu simpan panas akan 
menyala untuk menunjukkan bahawa periuk pemasak nasi telah beralih ke mod simpan panas secara 
automatik.
 5 
 Tekan butang KEEP-WARM/OFF sekali untuk membatalkan proses memasak, tetapan pra-
tetap atau apabila ia berada dalam mod simpan panas.
 6 
 Cabut plag periuk pemasak nasi untuk mematikkannya.
Memasak sup
 1 
 Masukkan ramuan untuk sup dan air dalam periuk di dalam.
Jangan melebihi aras air maksimum seperti ditunjukkan dalam periuk dalam pada skala untuk 
memasak bubur nasi.
 2 
 Ikut langkah 1 hingga 7 dalam bahagian ‘Memasak nasi’.
 3 
 Tekan butang MENU untuk memilih mod memasak sup (Gamb. 15).
 4 
 Tekan butang MASA MEMASAK untuk menetapkan masa memasak yang dikehendaki.
Tekan butang HR dan/atau MIN untuk menetapkan masa yang dikehendaki. Anda boleh menetapkan 
sebarang masa antara 30 minit dan 4 jam.
 
, Untuk melihat masa memasak yang dipratetap, tekan butang MASA MEMASAK.
 5 
 Tekan butang MASAK/PANAS SEMULA untuk memulakan proses memasak sup.
 
, Lampu masak menyala dan proses pengukusan bermula.
 
, Apabila proses memasak bermula, paparan akan menukar masa yang dipratetap kepada masa 
semasa.
Apabila proses memasak telah selesai, lampu masak akan padam dan lampu simpan panas akan 
menyala untuk menunjukkan bahawa periuk pemasak nasi telah beralih ke mod simpan panas secara 
automatik.
 6 
 Tekan butang KEEP-WARM/OFF sekali untuk membatalkan proses memasak, tetapan pra-
tetap atau apabila ia berada dalam mod simpan panas.
 7 
 Cabut plag periuk pemasak nasi untuk mematikkannya.
Membakar kek
 1 
 Tekan butang MENU untuk memilih mod membakar kek (Gamb. 16).
 2 
 Tekan butang MASAK/PANAS SEMULA untuk memulakan proses membakar kek (Gamb. 17).
 
, Lampu masak/panas semula menyala dan proses membakar kek bermula.
 
, Apabila proses membakar kek telah selesai, periuk pemasak nasi mengeluarkan bunyi bip dan 
lampu simpan panas berkelip untuk menandakan bahawa proses telah tamat.
 3 
 Tekan butang KEEP-WARM/OFF sekali dan cabut plag dari soket dinding untuk mematikan 
periuk pemasak nasi.
Resipi kek
Bahan-bahannya: adunan kek siap siap 250g; mentega 65g; air atau susu 100ml; 1 biji telur besar.
Nota: Adun adunan kek, air atau susu, mentega dan telur di dalam mangkuk besar. Pukul dengan 
pembancuh elektrik pada kelajuan rendah selama 1 minit, dan kemudian pada kelajuan sederhana 
selama 3 minit lagi.
BaHasa MElayu
42