LG H650E Guía Del Usuario
Tetapan
Tetapan
76
VPN
Dari telefon anda, anda boleh menambahkan, menyediakan dan
mengurus rangkaian persendirian maya (VPN) yang membolehkan anda
menyambung dan mengakses sumber di dalam rangkaian tempatan yang
selamat, seperti rangkaian korporat anda.
Pada skrin
Pada skrin
Tetapan, ketik tab Rangkaian > Lagi > VPN.
Tetapan Bunyi & Maklumat
Membolehkan anda menukar tetapan untuk pelbagai bunyi pada peranti.
Pada skrin
Pada skrin
Tetapan, ketik tab Bunyi & Maklumat.
•
Profil bunyi – Membolehkan anda menetapkan profil bunyi telefon
anda.
•
Volum – Laraskan tetapan volum telefon untuk disesuaikan dengan
keperluan dan persekitaran anda.
•
Nada dering – Membolehkan anda menetapkan nada dering untuk
panggilan. Anda juga boleh menambah atau memadam nada dering.
•
ID nada dering – Membolehkan anda mengarang nada dering
berdasarkan pada nombor telefon panggilan masuk.
•
Bunyi dengan getaran – Dayakan supaya telefon ditetapkan untuk
bergetar di samping nada dering apabila anda menerima panggilan.
•
Jenis getaran – Membolehkan anda memilih jenis getaran.
•
Gangguan –Membolehkan anda untuk menetapkan jadual apabila
mengelakkan gangguan daripada pemberitahuan. Anda boleh
menetapkan untuk membolehkan ciri tertentu ganggu apabila
Keutamaan sahaja ditetapkan.
•
Skrin kunci – Membolehkan anda memilih jika anda ingin menunjukkan
atau menyembunyikan pemberitahuan pada skrin kunci.
•
Apl – Membolehkan anda menetapkan pemberitahuan untuk aplikasi
individu termasuk menghalang daripada memaparkan pemberitahuan
dan keutamaan tetapan.
•
Pemberitahuan LED – Ketik suis untuk menogolnya Dihidupkan atau
Dimatikan. Hidup akan mengaktifkan lampu LED untuk pemberitahuan
yang anda pilih.
Lagi tetapan
Membolehkan anda menetapkan tetapan bunyi & pemberitahuan lain.
Pada skrin
Pada skrin
Tetapan, ketik tab Bunyi & Maklumat > Lagi.
•
Bunyi Pemberitahuan – Membolehkan anda menetapkan bunyi
pemberitahuan. Anda juga boleh menambah atau memadam bunyi
pemberitahuan.
•
Getar apabila diketik – Dayakan untuk bergetar apabila mengetik
butang sentuh Utama dan semasa interaksi UI yang lain.
•
Kesan bunyi – Menu ini membolehkan anda memilih sama ada untuk
mendengar nada apabila mengetik nombor pada pad dail, memilih
pilihan pada skrin dan banyak lagi.
•
Pemberitahuan suara mesej/panggilan – Membolehkan peranti anda
membaca panggilan masuk dan peristiwa mesej secara automatik.