LG H650E Guía Del Usuario
12
•
Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima.
Pek bateri mungkin dicas beratus kali sehingga ia perlu digantikan.
•
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa yang
lama untuk memaksimumkan kebolehgunaan.
•
Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung
atau gunakannya pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
•
Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk, ini mungkin
menjejaskan prestasi bateri.
•
Risiko letupan jika bateri diganti dengan jenis yang salah. Lupuskan
bateri yang telah digunakan mengikut arahan.
•
Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas telefon dicas
sepenuhnya untuk menjimatkan kuasa pengecas daripada penggunaan
yang tidak perlu.
•
Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi rangkaian,
tetapan produk, corak penggunaan, dan keadaan bateri dan
persekitaran.
•
Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi haiwan,
bersentuhan dengan bateri. Ini akan menyebabkan kebakaran.
AMARAN!
Notis untuk penggantian bateri
•
Untuk keselamatan anda, jangan mengeluarkan bateri yang dimasukkan
dalam produk. Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat servis LG
Electronics atau wakil penjual yang disahkan.
•
Bateri Li-Ion ialah komponen berbahaya yang boleh menyebabkan kecederaan.
•
Penggantian bateri oleh pakar yang tidak berkelayakan boleh menyebabkan
kerosakan kepada peranti anda.
Ciri-ciri yang akan anda sukai