ASUS DSL-N12U D1 Manual De Usuario

Descargar
Página de 67
7
Perkhidmatan DDNS ASUS
Penghala Siri ASUS DSL-N1U_C1  menyokong perkhidmatan 
ASUS DDN. Jika anda telah mendaftar untuk perkhidmatan 
DDNS ASUS tetapi perlu menukar peranti di pusat perkhidmatan, 
maklumkan pusat perkhidmatan bahawa anda perlu menyimpan 
nama domain asal dan kekalkan perkhidmatan DDNS. Lawati 
pusat perkhidmatan setempat untuk mendapatkan maklumat 
lanjut.
•  Jika tiada aktiviti dalam domain - seperti mengkonfigurasi 
semula penghala atau mengakses nama domain yang 
berdaftar - dalam masa 90 hari, sistem secara automatik 
memadam maklumat yang didaftarkan. 
•  Jika anda mengalami sebarang masalah atau kesulitan dalam 
menggunakan peranti anda, hubungi pusat perkhidmatan.
Soalan Lazim (FAQ)
1.  Adakah maklumat yang berdaftar akan hilang atau 
didaftarkan oleh orang lain?
Jika anda belum mengemas kini maklumat yang berdaftar 
dalam masa 90 hari, sistem akan memadam maklumat yang 
berdaftar secara automatik dan nama domain mungkin 
didaftarkan oleh orang lain.
2.  Saya tidak mendaftarkan DDNS ASUS untuk penghala yang 
saya beli enam bulan yang lalu. Apakah saya masih boleh 
mendaftarkannya?
Ya, anda masih boleh mendaftarkan perkhidmatan DDNS 
ASUS untuk penghala anda. Perkhidmatan DDNS dibenamkan 
ke dalam penghala anda, jadi anda boleh mendaftarkan 
perkhidmatan DDNS ASUS pada bila-bila masa. Sebelum 
mendaftarkan, klik Query (Tanya) untuk menyemak sama ada 
nama hos telah didaftarkan atau tidak. Jika nama hos tersedia, 
sistem mendaftarkan nama hos secara automatik.